| Salam Aidilftri |
|
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung www.keklapis.com. Minta maaf kerana saya tidak berkesempatan untuk online sepanjang bulan Ramadhan dan sesudah 11 Syawal ini. Alhamdulillah, tahun ini saya diberi kesempatan oleh Yang Esa untuk merasai pengalaman secara full time membuat kek lapis. Saya telah mengambil cuti selama 1 1/2 bulan bagi tujuan ini. Sudah tentu, bila membuat kek lapis secara full time ini memberikan saya pengalaman yang amat bermakna dan berharga! Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ejen-ejen kek lapis saya seperti Wady di Perlis, Noraini di Langkawi, Aida di Singapore, Shikin di Penang, Siti di Sungai Buluh, Selangor, Izan di PJ, Sabrina di Penang, Zira di UITM Shah Alam, Ada di PJ, Kak Faridah di BP, Yong di Puchong, Kak Lin di North Port, Reen di Johor, Riza di Seri Kembangan, Lin di NPC PJ, Emi di USM Penang dan Kak Zainaf di Shah Alam. Terima kasih atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya. Keep in touch with me, insyaAllah ada cake tasting test yang saya akak buat untuk tahun 2010 nanti..(masih dalam perancangan) dan kalian adalah tempat saya untuk saya membuat cake tasting test ini.
Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi order-order tertentu lantaran pembantu saya juga sudah "surrender" untuk membakar kek lapis
Raya tahun 2009 ini merupakan giliran keluarga saya beraya di rumah ibubapa saya di Changlun Kedah Darulaman. Alhamdulillah, semua adik beradik saya dapat berkumput sekali kecuali adik lelaki yang No. 4 - Amir Rashid kerana terpaksa bertugas di Plus Toll, Bukit Kayu Hitam. Jom, kita layan gambar-gambar yang sempat saya rakam ya.:-
Berkumpul di pagi raya 2009 - Changlun Kedah
Gambar wajib diambil - anak2 dara Pak Ngah dan pertambahan satu lagi ahli iaitu menantu Pak Ngah Jid - Jue Sakura. Ada seorang lagi, Shikin tapi pagi tu dia tak ada sebab suami dia Amir kena kerja..
Ini pula gambar cucunda wan & maktuk..semua ada 8 orang..going to be 9 in October...insyaAllah!
Perjalanan pulang ke Changlun Kedah mengambil masa 9 1/2 jam..fuh! memang penat satu badan...kuih, lauk raya?..hehehe..memang tak ingat nak ambik gambar..sebab lapar & penat..ingat nak ngap je..:P. Selepas ini saya akan posting pasal Barak-an di tempat tinggal saya. Barak-an tu apa? Tunggu....
|