|
Workshop Kek Lapis For Beginner 21 Mac 2010 Workshop Membuat Homemade Chocolate 13 Mac 2010 Workshop Membuat Homemade Chocolate 27 Mac 2010 Seni Mengubah Corak Kek Gulung Lapis Sarawak @ PWTC, Kuala Lumpur 28 Mac 2010
|
| Tempat Kerja Baru Saya - Piqa Bakery |
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Rajin pula saya hari ini nak menulis lagi.. Okay, sudah hampir 2 bulan saya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Ada masa saya begitu sibuk, ada masa saya begitu senggang. Aktiviti yang menyibukkan saya ialah aktiviti bakeri saya - Piqa Bakery. Alhamdulillah, walaupun sudah tidak mempunyai gelaran pekerja, saya masih boleh bekerja di rumah. Syukur saya kerana pengalaman tidak mempunyai pekerjaan selama 2 minggu, 7 tahun lalu mengajar saya tentang persediaan dan hala tuju. Semoga Allah terus memberkati usaha saya ini. Okay, marilah tengok tempat kerja saya yang baru tapi lama ini. Piqa Bakery merupakan singkatan nama anak perempuan saya Nurul Afiqah. Lokasinya di Klang, Selangor. Berdekatan dengan Bandar Klang DiRaja (5km) dan tidak jauh dari Pelabuhan Klang Utara (15km). Ia bukanlah bangunan persendirian tetapi hanya merupakan bangunan yang kami suami isteri bina dibelakang rumah.
Inilah pintu masuk ke Piqa Bakery
tempat kerja baru saya, minta maafla ya..berselerak..sebab belum mampu lagi nak menggaji orang..
Nak ambil kesempatan kat sini, nak cakap terima kasih kepada En. Suami - Mohd Anas bin Baharum yang banyak membantu tanpa gaji! (bila dah stabil, nomie bagi gaji ye bang Okay, enough for today. Minggu ini boleh rehat minda, kena ambik mixerku yang masuk workshop kat Subang esok..mungkin nak buat coklat, nak buat kek carrot..nak buat apa lagi eh..haha(berangan tak abis2.) Okay, bye2.
|
List All Products |
|
|
Advanced Search |
|
| Show Cart | |
|
Your Cart is currently empty.
|
KekLapis.com merupakan pelanggan berdaftar MUS: :Internet Business Consultant.
Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat MUS, sila lawat MUS Unlimited.com

