|
Workshop Kek Lapis For Beginner 21 Mac 2010 Workshop Membuat Homemade Chocolate 13 Mac 2010 Workshop Membuat Homemade Chocolate 27 Mac 2010 Seni Mengubah Corak Kek Gulung Lapis Sarawak @ PWTC, Kuala Lumpur 28 Mac 2010
|
| Workshop 8 Nov 2009 & Tempahan Cupcakes Birthday |
|
|
|
|
Salam Semua! Agak capek hari ini, tapi kena teruskan kerja. Tak boleh tangguh..nanti menimbun kerja:-P Okay, hari ini saya nak update minggu lepas punya aktiviti. Aktiviti yang paling besar ialah workshop roll lapis sarawak pada 8 Nov 2009. Alhamdulillah semua peserta dapat hadir dan pertambahan seorang peserta (minta maaf atas kealpaan saya) menjadi peserta pada kali ini menjadi 5 orang. Alhamdulillah, semua peserta dapat kembali dengan membawa Roll Lapis Sarawak sebanyak 4 batang seorang dan potongan roll lapis yang telah didemokan pada petang itu. Peserta dapat memahami bagaimana untuk membaca resipi bagi kek lapis supaya tidak terjadinya pembaziran. Saya sempat juga memberi tips-tips untuk membuat "plastic surgery" pada roll lapis tersebut:-). Nak ambik kesempatan kat sini juga nak minta maaf atas kekhilafan saya semasa mendemo untuk roll lapis pua kumbu (silap atur corak) dan juga saya lupa nak tunjuk buku matematik saya! Overall, kelas ini agak advance kerana ramai peserta memang sudah biasa membuat kek lapis. InsyaAllah, tidak ada masalah bagi mereka untuk membuat roll lapis masing-masing nanti. All the best ya!
Okay ini gambar para peserta workshop.
Dari sebelah kiri bertudung krim - Adelen dari Trengganu, Mayuza juga dari Trengganu, Kak Haslinda dari Klang, Siti Subhana dari Klang dan Puan Hajah Shakimah dari Kajang. Terima kasih semua dan jangan malu-malu untuk memberi saya feedback. Saya amat menghargainya dan sangat suka! Okay, ini pula order dari sahabat lama saya yang tak pernah bersua muka.. Shariana namanya. Cupcakes ini sepatutnya ada gambar sponge bob dan doraemon, tapi saya dah salah letak template gambar karakter kartun tersebut...jadi kartun monster yang senyum ni jadi modelnya..sori ye Ana.
Okay, itu sahaja untuk hari ini.. Satu lagi workshop roll lapis sarawak hujung minggu ni, masih ada 3 seat lagi..kalau berkesempatan untuk menghadiri, bolehlah buat pengesahan pendaftaran ya. Kalau ada apa2 nak tanya, sila telefon saya di 016-2951473. See you again and Cheers everyone!
|
List All Products |
|
|
Advanced Search |
|
| Show Cart | |
|
Your Cart is currently empty.
|
KekLapis.com merupakan pelanggan berdaftar MUS: :Internet Business Consultant.
Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat MUS, sila lawat MUS Unlimited.com

