|
Tempahan Kek Lapis Untuk Aidilfitri 2010 dibuka. Sila dapatkan Borang Pesanan di sini. Tarikh tutup tempahan: 1 Ramadhan Emailkan kembali pesanan anda ke : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
|
| Kek Lapis Ice Cream Soda |
|
|
|
|
Salam Semua! Saya sebenarnya nak upload gambar kek lapis ice cream soda ni dari minggu lepas. Tapi itulah, kita ini merancang, Allah yang menentukan. Banyak masalah yang saya hadapi minggu lepas dan alhamdulillah juga semua masalah saya sudah "tiada masalah". Oleh itu dengan senang hati saya dapat mengupload gambar kek lapis ice cream soda. Resipi ini di dapati dari blog Bro Rozzan: http://rozzan.blogspot.com/2009/08/salam-ramadhan-al-mubarak.html.
Sebenarnya saya saya mencari "aura" membuat kek lapis yang menggunakan method "buttercake" method. Asyik tak jadi je
Apa-apa pun layan gambar kat bawah ini..untuk jamuan teh petang di alam maya ya
Bahan: 300 gm mentega 120 gm gula halus ½ sudu teh ovalette 6 biji telur (saiz besar) 250 g susu pekat manis (boleh dikurangkan kpd 220 gm) 100 g Horlicks 1½ sudu teh esen aiskrim soda 1 sudu teh pewarna biru 50 gm jem raspberry (lebih baik jenis yg sugar-free atau reduced sugar) 1 sudu teh esen raspberry (optional, boleh ditiadakan) 1 sudu teh pewarna merah jambu 160 gm tepung HongKong (atau tepung biasa) loyang berukuran 7” x 7” (dialas dgn kertas pada dasarnya dan digris sekeliling loyang) Cara : 1) Pukul mentega, ovallette dan gula dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit). 2) Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (kira-kira 4-5 minit) 3) Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan susu manis dan Horlicks. Pukul lagi hingga rata. (kira-kira 2-3 minit) 4) Perlahankan lagi speed (slow, sekedar nak ratakan tepung) dan masukkan tepung HK dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer. Ataupun anda boleh gunakan kaedah “fold-in method” bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur/mentega tadi. Tak payah gunakan mixer. 5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian: i) 1 bahagian dibubuh esen aiskrim soda dan pewarna biru. ii) 1 bahagian lagi dibubuh jem raspberry & pewarna merah jambu. iii) 1 bahagian dibiarkan plain- warna asal. 6) Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 180-190 darjah Celsius, api atas & bawah. Bubuh 2 senduk adunan warna asal ke dalam loyang kek lalu ratakan. Bakarlah lapisan pertama ni sehingga masak (kira-kira 6-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sket dgn penekan kek lapis agar rata. 7) Kemudian, tukar suhu ketuhar kpd 200-210 Celsius (api grill/atas jer). Bubuh pula 2 senduk adunan warna biru dan bakarlah sehingga masak (6-7 minit) dan seterusnya warna merah jambu pula. Bakarlah berselang-seli warna asal, biru dan merah jambu sehingga selesai semua adunan. |
Berat: 1kg pertama - RM8.50 (S. Malaysia shj)
Masa Penghantaran : 1 - 2 hari
Nationwide Express Courier Services Berhad
List All Products |
|
|
Advanced Search |
|
| Show Cart | |
|
Your Cart is currently empty.
|
| Cara Bayaran |
| Cara Tempah |
KekLapis.com merupakan pelanggan berdaftar MUS: :Internet Business Consultant.
Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat MUS, sila lawat MUS Unlimited.com

