|
Tempahan Kek Lapis Untuk Aidilfitri 2010 dibuka. Sila dapatkan Borang Pesanan di sini. Tarikh tutup tempahan: 1 Ramadhan Emailkan kembali pesanan anda ke : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
|
| Barak-an di Batu 3, Jalan Bakti, Jalan Kapar Klang |
|
|
|
|
Salam semua, Masih dalam mood raya kan? So, saya nak cerita sikit pasal Barak-an..sebenarnya saya pun tak berapa nak jelas translation dari bahasa Jawa ke bahasa Melayu. Tapi yang pasti, bila ada Barak-an ini, jiran-jiran setempat dengan kawasan tempat tinggal kita akan bersama-sama menziarahi rumah kita. Tuan rumah akan menyiapkan makanan & minuman untuk dijamu kepada tetamu yang hadir. Selalunya Ketua Barak-an ini akan bersemuka dengan tuan rumah, untuk mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin, kemudian diikuti dengan bacaan doa selamat. Sebelum itu, tetamu dijemput makan dahulu.
Rasanya dah hampir 4 tahun saya membuat persediaan bagi barak-an ini..dan amat senang sekali menyediakan makanan yang saya tahu buat Okay, ini gambar pemandangan tetamu yang hadir dan makann yang saya sediakan.
Antara tetamu yang hadir.
Tetamu wanita saya.
Tetamu beredar untuk ke rumah lain pulak..
Ini tak ada kaitan dengan Barak-an. Ini adalah mini garden yang En. Suami saya siapkan..hmm..memang lama betul saya tak belek kawasan rumah saya ni...yang belakang tu pokok mata kucing..En. Suami yang tanam..sejuk tangan En. Suami..harap saya, memang pokok tu tak hidup:-(
Okay, kita cerita pasal makan ya..Jangan tanya Nomie tak buat rendang ke? hmm..buat rendang ye..masih dalam study lagi..selalunya saya failed membuatnya
Ini Carrot Cheese Cake - resipi yang saya guna dari Resipi Cikgu Suria - Cheras..
Saya buat pizza seafood & pizza sausage ayam...ditabur dengan mozarella cheese..hmm..kalori..tak terkira!
Macaroni Cheese - resipi dari www.resipi.net
Chocolate made from Belgian Chocolate.
Strawberry Cheese Tart
Mengambil insprirasi Leen Mohd di Johor Bahru..ketupat telur puyuh..tapi Leen buat cute sangat!! saya buat montok la pulak :P
Ini pulak kek lapis yang biasa saya buat..yang terbaru ialah Kek Lapis Ice Cream Soda - resipi dari Bro Rozzan www.rozzan.blogspot.com. Bila free cket saya feedback cara buat kek ini..Terima kasih pada Bro Rozzan..Semoga murah rezeki ye Bro! Okay, itu aje buat hari ini..Nanti saya akan buat pengumuman pasal buku saya dan kelas untuk kek lapis ya. Salam Bahagia! |
Berat: 1kg pertama - RM8.50 (S. Malaysia shj)
Masa Penghantaran : 1 - 2 hari
Nationwide Express Courier Services Berhad
List All Products |
|
|
Advanced Search |
|
| Show Cart | |
|
Your Cart is currently empty.
|
| Cara Bayaran |
| Cara Tempah |
KekLapis.com merupakan pelanggan berdaftar MUS: :Internet Business Consultant.
Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat MUS, sila lawat MUS Unlimited.com

