|
Workshop Roll Lapis Sarawak Kembali !!! |
|
|
|
|
Salam untuk semua,
Setelah hampir 2 bulan berehat menyiapkan pengeditan Ebook Rahsia Roll Lapis Sarawak, saya mula mempunyai masa yang terluang untuk Workshop Roll Lapis Sarawak.
InsyaAllah workshop yang akan bermula dari 21 June 2009 (Ahad), 28 June 2009 (Ahad), 5 Julai 2009 (Ahad) dan 12 Julai 2009.
Detail workshop
Tarikh : Seperti tarikh di atas (Pilih satu tarikh)
Tempat: Piqa Bakery, Klang
Yuran: RM125.00 (Percuma- Ebook Rahsia Roll Lapis Sarawak)
Peserta: 5 orang sahaja (maksima-akan proceed kelas sekiranya ada 4 orang peserta)
Jam: 10:00 pagi - 5:00pm
Berminat? Sila hantar keterangan seperti berikut:
1. Nama:
2. No Telefon:
3. Alamat
ke email saya
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
.
Deposit sebanyak RM50.00 bagi pengesahan kehadiran adalah diperlukan. Anda boleh membuat pembayaran melalui Akaun Maybank: Juraiza bt Abdul Aziz 512213050616.
Setelah anda membuat pembayaran deposit tersebut sila maklumkan pada saya menerusi email
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
JADUAL WORKSHOP
ROLL LAPIS SARAWAK
OLEH
NOMIE AZIZ
(www.keklapis.com)
10:00 am
Pengenalan Diri
10:10 am – 10:20 am
Mengenali & Memahami Resipi & Peralatan Membuat Roll Lapis
10:20 am – 11:30 am
Teori & Konsep Roll Lapis Sarawak
11:30 am – 12:00 pm
Cara Mengadun Inti Roll Laps
Cara Membahagikan Adunan
Cara Mewarna Adunan
Cara Membakar
12:00 pm – 1:00 pm
Cara Mengadun Kulit Roll Lapis Sarawak
1:00 pm – 2 :00 pm
Rehat Solat & Makan Tengahari
2:00 pm – 4:00 pm
Hands on Membuat corak 4 saiz pengukur untuk Roll Lapis Sarawak
Roll Lapis cinta Tiga Segi
Roll Lapis Kincir Angin
Roll Lapis Rubi Natasha
Roll Lapis Kristal Pelangi
4 jenis Roll dibuat sendiri oleh peserta dan untuk dibawa balik.
4:00 pm – 5:00 pm
Demonstrasi :
Roll Lapis Ketupat
Roll Lapis Bunga Matahari
Roll Lapis Spider & Roll Lapis Pertemuan

|