JA slide show
 
 
 
 
Search - Di Awan Biru
Thursday, 23 April 2009
(Tumpang Lalu, untuk promote ye..)
 phewwiitt_small2-300x104_amir_nonie.jpg
To my Valued Customer and friends.


Here is our latest news for you... We are pleased to announce that WANAF has been appointed as The Official Tour equipment Logistics Provider for “SEARCH - DI AWAN BIRU" Concert.


The concert will be held in 11 venues around Malaysia.click NEWS on the links below for more details of the concert : http://www.phewwiitt.com/


Be the first one on the concert at your place!!!


Ticket hotline :- 03-7725 1166/1177 - http://www.tickethotline.com.my/


Lets Rock!


nota kaki untuk Amir & Boss Amir :-
Akak dah promote ye..chop 2 t-shirt free konsert ye..kikikikii
 
Kenduri Kahwin Orang Jawa
Wednesday, 22 April 2009

Salam, sebenarnya nak update cerita-cerita yang menyebabkan ku mengalami kesibukan yang amat sangat...erti kata lain time management tak berapa nak betul Sealed.  Hari ini nak cerita pasal kenduri kawin orang jawa di Klang Selangor.  Saya bukan orang jawa, suami saya orang jawa dan kenduri kawin ini adalah kenduri kawin anak lelaki babysitter yang ku panggil Cik Senah dan Wak Kaimi suaminya.  Saya menyumbang cupcakes & kek deko.  Cik Senah selalu sudi membantuku untuk menjaga Muaz (4 tahun) bila saya menghadiri kelas-kelas baking.  Alhamdulillah.  Terima kasih ye Cik...

Okay, kita layan gambar pulak ya.

kuihmuih.jpg

Antara kuih-muih yang dihidangkan semasa kenduri.

pecal.jpg
Pecal - kegemaranku..sedap..
rewang2.jpg
Ini dipanggil "rewang" maksudnya gotong-royong
ciksenahwakkaimi.jpg
Ini Wak Kaimi & Cik Senah (Parent Pengantin Lelaki)
pengantin_abang.jpg
Ini Pasangan Pengantin No. 1 (Abang)
pengantin_adik.jpg
 Ini Pasangan Pengantin No. 2 (Adik)
cupcake2.jpg
Cupcakes untuk meja pengantin
cupcaketiers.jpg
Cupcakes Tiers - rupa sebelum diletakkan cupcakes - beli dari Mama Zieza, Penang
Inilah rupanya cupcakes serta kek yang disusun...hmm..kek punya ada "makeover" kan..hihi..okay itu saja buat kali ini.
Nanti sambung lagi ya.
cupcakes_on_tiers1.jpg
cupcakes_on_tiers.jpg
 
Kek Lapis Untuk Respek Yahoogroup Bowling Gathering 19 April 2009
Friday, 17 April 2009

Salam,

Ini adalah kek-kek lapis yang disponsor oleh Nomie Cakes bagi event di atas yang akan di adakan pada hujung minggu ini.  To Respeks members, selamat ber"bowling", appreciate kalau ada komen untuk improvement ya..sila email ke This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ya..

 indocafe_pandan_layer_cake.jpg

Indocafe Pandan Layer Cake

kek_lapis_asam_manis.jpg
 Kek Lapis Asam Manis
keklapissarawak.jpg
Kek Lapis Sarawak
 
Pembelian Alatan & Bahan Untuk Kek Lapis Sarawak
Wednesday, 15 April 2009

Salam,

Alhamdulillah, setelah mempunyai impian, maka saya harus melaksanakannya menjadikan ia kenyataan!  Sekiranya anda mempunya masalah untuk mendapat peralatan untuk membuat kek lapis sarawak, anda boleh membelinya dari www.keklapis.com.  Barangan dan alatan yang tersedia ada buat masa ini ialah:-

Pewarna

-  Orange, Dark Green, Apple Green, Bright Red, Lemon Yellow, Chocolate Brown

   Berat 250 gram, dan harganya RM7.50

-  Rose Pink, & Violet Purple

   Berat 150 gram, dan harganya RM7.50

Perisa

-  Orange (Sunkist), Strawberry, Pandan, Chocolate, Butter Oil

   Berat 50 gram - dan harganya RM5.00

Penekan

Zig-Zag Serong - RM16.00

Penekan Rata 4 inci x 8 inci - RM14.00

Penekan Rata 4 inci x 5 inci - RM12.00

Loyang

9 inci x 9 inci x 3 inci - RM14.00

(sesuai untuk membuat kek lapis biasa)

8.5 inci x 8.5 inci x 4 inci - RM14.00

(amat sesuai untuk membuat kek lapis buku bercorak tampal)

Oven Sarawak

Coming Soon..... 

Apa yang perlu anda lakukan.

Setelah kami menerima penempahan, bayaran hendaklah dibuat melalui akaun Maybank2u:-

Juraiza bt Abdul Aziz , No. akaun: 512213050616,

sila email atau sms ke 016-2951473 beserta keterangan lanjut pembuat tempahan untuk makluman kami.

Peringatan:-

  • Tidak perlu melalui sistem on line di keklapis.com. 
  • Kos penghantaran akan ditanggung oleh pihak pembeli 
  • Mahu cepat & murah -  menggunakan pos laju
  • Mahu kadar ekonomi - menggunakan  pos berdaftar

Selamat Membeli Belah ya!

 

 
Last Call - Workshop Roll Lapis Sarawak di Johor Bahru 19 April 2009
Tuesday, 14 April 2009

buku_rahsia.jpg

Mesti hairankan kenapa saya attachedkan buku rahsia saya ni..ini sebenarnya buku matematik (berkotak-kotak) yang saya gunakan adalah untuk planning corak bagi roll lapis sarawak yang saya inginkan.  Ia boleh dikatakan sebagai buku manual saya bila saya sibuk membentuk corak-corak.  Ingin tahu bagaimana hendak menggunakannya?  

buku_rahsia_2.jpg


 

 

 

 

 

 

 

 

Jom kita buat roll lapis sarawak di Johor Bahru - di Taman Seri Tebrau.  Ada 3 seats available!  Sila hubungi Puan Rozi di talian 017-6868988 untuk mendaftar dan buat pembayaran pengesahan kehadiran sebanyak RM50.00 sebelum hari Selasa 14 April 2009.
 
Detailed workshop boleh didapati di www.keklapis.com

Jumpa anda di sana!

 
Nomie's Cakes March 2009
Friday, 10 April 2009

Hari ini kita layan gambar ajelah ye..malasnya nak menulis..hehehehe sarawak_layered_cakes_ordered_by_bunga_kasturi_elyn.jpg

latest_keklapis_for_bunga_kasturi.jpg

Kek Lapis Sarawak Ordered by my friend - Bunga Kasturi (Elyn)

kek_birthday_hubby.jpg

kek_aiskrim_hubby.jpg

 Ice Cream Cake - Ordered by Anak-anak for Hubby's BirthdayFoot in mouth

indocafe__pandan_layered_cakes.jpg

Indocafe Pandan Klasik - Kek yang baru di CSI

(Resipi dari Buku Puan Rabiah Amit, Edisi 3)

 

 

 
Workshop Roll Lapis Sarawak di Johor Bahru 19 April 2009 (Ahad)
Thursday, 09 April 2009
     

Yuran Penyertaan:  RM200.00

Lokasi:  Taman Sri Tebrau, Johor Bahru, Johor

Tel:  Puan Rozi:  017-6868988

 

JADUAL WORKSHOP ROLL LAPIS SARAWAK

Jam Perkara yang akan di buat

9:00  am 
Pengenalan Diri

9:10 am – 9:20 am 
Mengenali & Memahami Resipi & Peralatan Membuat Roll Lapis

9:20 am – 9:30 am 
Teori & Konsep Roll Lapis Sarawak

9:30 am – 12:00 pm 
Cara Mengadun Inti Roll Laps
Cara Membahagikan Adunan
Cara Mewarna Adunan
Cara Membakar

12:00 pm – 1:00 pm 
Cara Mengadun Kulit Roll Lapis Sarawak

1:00 pm – 2 :00 pm 
Rehat Solat & Makan Tengahari
 

2:00 pm – 4:00 pm 
Hands on Membuat corak 4 saiz pengukur untuk Roll Lapis Sarawak

1. Roll Lapis cinta Tiga Segi rolllapiscintatigasegi2_resize.jpg

 

 

 

 

 

 

2. Roll Lapis Kincir Angin kinciranginresize.jpg

 

 

 

 

 

3. Roll Lapis Rubi Natashakeklapisrubinatasha.jpg

  

 

 

 

 

4. Roll Lapis Kristal Pelangi rolllapiskristalpelangiresize.jpg

4 jenis Roll dibuat sendiri oleh peserta dan untuk dibawa balik.

 

4:00 pm – 5:00 pm 
Demonstrasi : 


Roll Lapis Ketupatsetengahinci1resize.jpg                Roll Lapis Bunga Matahari
keklapisbungamatahari1.jpg satusetengahinci.jpg

Roll

 
Workshop Roll Lapis Sarawak 5hb April 2009
Wednesday, 01 April 2009

Lokasi:  Piqa Bakery, Klang (Email saya jika mahu peta lokasi)

Tarikh: 5hb April 2009 (Ahad)

Jam:  10:00 am - 5:30 pm

Diakhir workshop peserta akan membawa pulang 5 batang (bernilai RM92.00) roll Lapis Sarawak.

Free:  Ebook Roll Lapis Sarawak bernilai RM60.00!

Demo roll Lapis sarawak ialah

  • Roll Lapis Pertemuan,
  • Roll Lapis Spider Web,
  • Roll Lapis Ketupat
  • ...satu lagi corak roll..(akan diketahui di dalam workshop nanti..Surprise)
Yuran:  RM125/seorang (peserta maksima:  6 orang, minima: 4 orang)

Workshop ini merupakan workshop yang terakhir yang akan di adakan di Klang.  Ini adalah kerana saya mahu menumpukan perhatian terhadap beberapa aktiviti yang akan dilakukan oleh www.keklapis.com. 

Jadi rebut peluang ini!  Workshop ini akan dimulakan semula pada bulan November 2009.  InsyaAllah.

Hubungi saya di talian 016-2951473 untuk pengesahan penyertaan.  Tarikh tutup ialah pada 2hb April 2009 kerana saya perlu menyiapkan kek lapis mengikut kehadiran yang telah disahkan.

Jom Melapis!

Nomie Aziz

 
Hanya Coretan Mengenang Kisah Lalu (Macam pengalaman bercinta pulak..)
Thursday, 26 March 2009

Salam untuk semua,

Hari ini saya tak ada gambar terbaru hendak diperlihatkan di sini.  Rasa hati nak menulis agak membuak-buak sekarang ni.  Bukan pasal politik ya, tapi tak lain tak bukan berkenaan dengan kek lapis. 

Saya terjebak dengan pembuatan kek lapis lebih kurang 8 tahun lepas.  Dimana masa itu saya merasakan kos membeli kuih semasa perayaan semakin mahal.  Hati saya terdetik, aku mesti buat juga kek lapis ni.  Ilmu membuat kek lapis pada masa itu kosong. Hanya berpandukan pada buku majalah, saya membuat kek lapis dan hasilnya saya gagal lebih dari 10 kali membuatnya dan berjaya membuat berat badan saya naik kerana terpaksa menghabiskan kek lapis ku yang bantat.  Kalau tidak, hubbyku akan bising..membazir katanya.

Alhamdulillah, saya telah mendapat satu resipi dari email dari yahoogroup yang saya joined-relexjap.  Empunya resipi saya sudah lupa tapi kalau tak silap namanya Fiza.   Terima kasih ya Fiza kerana resipi anda menyebabkan minat melapis kek ini semakin membara.  Alhamdulillah menjadi walaupun tak berapa nak menjadi, sebab lapisnya tak nampak.  Alhamdulillah saya teruskan perjuangan dan berjaya.

Empat tahun kemudian, setelah saya menghadiri workshop Dr. Irfan Khairi, saya telah membuat keputusan untuk mewujudkan laman web ini dengan bertujuan dapat menyalurkan ilmu yang saya ada kepada sesiapa yang memerlukan.


Alhamdulillah, ada beberapa respon yang saya dapat dan salah satu darinya memperkatakan tentang kebolehan saya membuat kek lapis sarawak.  Termenung saya dibuatnya.  Betul, itulah kekurangan saya.  Tambahan, bila balik kampung, bonda saya telah membeli buku Kek Lapis Sarawak oleh Puan Rabiah Amit..wah, dari situ saya sudah jatuh cinta kali kedua..dengan kek lapis sarawak..(suamiku tetap nombor satu..)

Dari situ, saya mula berusaha mendapatkan info tetapi tidak begitu meluas dan agak sedikit info yang didapati.  Lagi sekali saya bernasib baik melalui yahoogroup juga, iaitu This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it saya berjaya mendapat informasi tentang teknik membuatnya.  Terima kasih saya kepada Puan Rashidah, Tauke Kek Lapis Sarawak dari Johor Bahru.  Apa yang saya boleh katakan, informasi yang dapati dari beliaulah yang membolehkan saya meneruskan usaha.  Di bawah ini adalah gambar-gambar kek dan roll lapis sarawak di peringkat awal. 

Ketawa sorang-sorang saya bila melihat kembali gambar-gambar kek.  Tapi masa mula-mula buat tu, memang syok sendiri habis.

rolllapiscollection.jpg

 
Last Call - Workshop Roll Lapis Sarawak 29 Mac 2009 (Ahad)
Wednesday, 25 March 2009

Salam,
 
Ini adalah last call untuk Workshop Roll Lapis Sarawak yang akan di adakan di Johor Bahru pada 29 Mac 2009.  Keterangan adalah seperti berikut:-
 
Workshop Roll Lapis Sarawak
Tarikh:  29 Mac 2009
Jam: 9:00 pagi - 5 petang
Tempat:  Taman Seri Tebrau, Johor Bahru
Yuran:  RM200.00
Penganjur:  Puan Roziyati 012-7072982
 
Peralatan Yang Perlu Dibawa
1.  Pengukur Kek Lapis (4 jenis saiz) - boleh di beli dari Penganjur - Puan Rozi
2.  Apron
3.  Pisau Cutter (mata pisau yang boleh diganti)
4.  Kain lap
5.  Bekas untuk menyimpan Roll Lapis Sarawak (berukuran 10inci x 10inci - Segiempat empat sama)
 
Diakhir workshop anda akan: 
1.  Membawa balik 4 batang roll lapis sarawak yang bernilai RM92.00 
2.  Demo untuk Roll Lapis Ketupat (harga pasaran RM20.00) , Roll Lapis Bunga  
Matahari - (harga pasaran RM49.00/satu roll), Roll Lapis Spider& Roll Lapis Pertemuan.
3.  Ebook Rahsia Roll Lapis Sarawak - bernilai RM60.00 (untuk anda mengulangkaji sebelum & selepas menghadiri workshop)  (Diemailkan selepas anda membuat bayaran pengesahan & kehadiran)
 
Harap bertemu anda di sana?  InsyaAllah.
 
Salam Ceria!

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Results 61 - 75 of 100

Galeri Kek

Roll Lapis
Roll Lapis
Description: All About Roll Lapis
Roll Lapis
Roll Lapis
Description: All About Roll Lapis
Decoration Cakes
Decoration Cakes
Roll Lapis
Roll Lapis
Description: All About Roll Lapis
Cuppies
Cuppies
Cuppies
Cuppies
Chocolates
Chocolates
Decoration Cakes
Decoration Cakes
Description: All about decoration cakes!
Cuppies
Cuppies
Decoration Cakes
Decoration Cakes
Description: All About Decoration Cakes

Chocolates Talk

Nomie's Chocolates

Banner Choc

My Menu

Nak Cari Apa?

Events Calendar

M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Tinggal Pesanan Di sini


Login

Sila daftar PERCUMA!





Lost Password?
No account yet? Register

Who's Online

We have 18 guests online

Pelawat

Visitors: 340796

Affiliate

sample image

KekLapis.com merupakan pelanggan berdaftar MUS: :Internet Business Consultant. 

Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat MUS, sila lawat MUS Unlimited.com

Halal & Suci

halal_satisfaction.jpg

Partners

Left direction
Image
Sample image
Sample image
Right direction