|
Ejen - Kek Lapis Nomie's Cakes |
|
Wednesday, 12 May 2010 |
|
Salam semua.
Akhirnya saya berjaya menyiapkan list kek bagi jualan musim perayaan Aidilfitri. Dibawah ini adalah gambar-gambar kek lapis yang akan dijual dan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Ejen Kek Lapis bagi Nomie's Cakes, adalah dialu-alukan menghantar email ke:-
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Sila emailkan keterangan seperti di bawah;-
Nama Penuh:
Alamat:
No. Tel Bimbit:
Email yang aktif:
Selepas menerima email anda, saya akan mengemailkan kembali Katalog Kek Nomie's Cakes berserta harga Ejen.
Kerjasama kalian amat saya hargai ya.
ok, jom tengok gambar kek lapis
|
|
Jom Buat Kek Lapis Bercorak |
|
Wednesday, 12 May 2010 |
|
Salam semua!
Hari ini nak bercerita tentang pembuatan kek lapis bercorak. Pembuatan keklapis ini sememangnya rumit TETAPI sekiranya anda ada sedikit KESABARAN, sedikit KETEKUNAN sedikit KEKRETIFAN insyaAllah anda akan berjaya membuatnya. Apapun yang penting sekali dalam apa juga bidang pun ialah LATIHAN atau EXERCISE. Bagi membolehkan kita membuat kek lapis bercorak ini, kira haruslah mempunyai pengetahuan bagaimana membuat coraknya dan kefahaman tentang konsep membuat corak kek lapis ini haruslah sentiasa di dalam ingatan kita supaya memudahkan kita membuat kek lapis bercorak ini. Saya selalu menggalakkan peserta kek lapis menyertai workshop roll lapis sarawak terlebih dahulu bagi mempertajamkan lagi kefahaman konsep kek lapis sarawak bercorak dan insyaAllah sekiranya konsep ini difahami dengan baik, anda tidak akan ada masalah untuk membuat kek lapis bercorak ini. Okay, mari kita mulakan ye kawan-kawan.
|
|
Monday, 10 May 2010 |
|
Order dari anak perempuanku Nurul Afiqah untuk Sambutan Hari Guru
|
|
Workshop Kek Lapis for Beginner |
|
Monday, 10 May 2010 |
Salam semua! Semalam 9 Mei 2010 untuk workshop Kek Lapis for Beginner dihadiri peserta seramai 5 orang. Riuh betul kelas ni  . Macam-macam joke yang keluar. 5 jenis kek lapis terhasil dari kelas ini, iaitu Kek Lapis Coklat, Kek Lapis Oreo, Kek Lapis Asam Manis, Kek Lapis Evergreen & Kek Lapis Horlicks Milo.
Peserta yang hadir dari kiri berbaju pink - Gloria dari Subang, Shikin, Aya, Amy & Siti dari Shah Alam. Selamat berjaya & All the best ya!
|
|
Mengaplikasikan pelajaran Coklat pada Kek Coklat |
|
Monday, 03 May 2010 |
Salam semua. Ini pula kek coklat moist yang ditempah oleh Puan Hamidah dari Port Klang untuk boss dan kakitangan di pejabatnya. Saya cuba mempratikkan apa yang saya dari Chef Anwar & Chef Amer mengenai coklat. I just luv it  . Layan gambar ye.
|
|
|
Workshop Kek Lapis For Beginner 21 Mac 2010 |
|
Monday, 03 May 2010 |
Tetamu yang tidak disangka-sangka. Tengahari Jumaat, Kak ita dari Ita's Delight telefon dan menyatakan ada 3 peserta kursus beiau yang ingin belajar membuat kek lapis pada petang itu. Wah! Sepantas kilat saya berfikir sama ada saya masih mempunyai bahan2 yang diperlukan. Okay, bahan ada dan saya mempunya masa untuk mengemas bengkel. Akhirnya hanya 2 peserta iaitu Har dan Kak Mah yang mampu meneruskan niat mereka, kerana yang seorang lagi tidak sihat dan terpaksa berehat di bilik hotel. Mereka merupakan peserta pertama saya dari Kelantan. Hmm..begitu gigih mereka berusaha untuk datang ke Klang untuk belajar. InsyaAllah, berkat usaha dan kegigihan kalian akan terbalas. Kelas bermula pada jam 6:00pm dan habis pada jam 12:00 tengah malam. Sempat menunjukkan kepada mereka bagaimana membuat French Macaron. Alhamdulillah jam 12:20 am saya dan En. Suami menghantar mereka ke hotel penginapan. Ini ada kelas malam kek lapis saya yang pertama ;-) Alhamdulillah.
|
|
|
Monday, 03 May 2010 |
|
Salam semua,
Ok, kali ini kita lari topik sikit. Selalunya bercerita pasal membuat kek, kek lapis, cupcakes then patah balik kek lapis balik..so, hari ini kita ubah cket..kita buat sushi.
Saya mula berkenalan dengan sushi semasa zaman bercintan cintun dengan En. Suami. Beliau memperkenalkan saya dengan makanan jepun ini tetapi tekak ini tak boleh nak terima. Semasa mengandung anak sulung, tiba-tiba jadi teringin pulak nak makan sushi dan kemudiannya jadi makanan kesukaan. Tapi tak boleh lah nak spend selalu makan sushi..mahal dik non oi..
Nak jadi cerita, saya join Yahoogroup www.resipi.net dan ada satu hari tu Kak Rozi bercerita tentang ikan salmon dan sushi. Dengan perasaan melonjak2 saya bertanya dan alhamdulillah, guidance yang diberi oleh Kak Rozi tu membolehkan saya membuat sushi saya sendiri. Walaupun tidak secantik yang dibuat oleh Chef Makanan Jepun..tapi bolehlah nak menenangkan perut yang tiba-tiba inginkan makanan jepun. Terima kasih ye kak Rozi.
Jom kita tengok macam mana nak buat ye.
Sushi ini selalu makan dengan wasabi & kicap jepun. Tapi saya malas nak beli dan teringatkan sushi yang dicicah dengan kicap manis cap udang & cili padi oleh isteri kawan saya - Rohaida namanya..Jadi ini sushi version melayu.
|
|
|
Workshop Membuat Kek Lapis For Beginner 25 April 2010 |
|
Tuesday, 27 April 2010 |
|
Okay ini pulak adalah peserta membuat kek lapis for beginner pada 25hb April 2010. Namanya beginner tapi yang dah advance pun ada ;-).
Dari kiri Amira (ini adik kepada Tauke Marvels' Cakes), Kak Ita dari Ita Delights (dia ni dah tau buat kek lapis tapi saja nak menghabiskan masa free beliau yang sememangnya singkat), Jus dari Puchong - hmm..dia ni fokus sekali di dalam kelas dan Kak Ros (speciality dia adalah Fruit Cakes-tengah tunggu dia update blog)
semalam, dalam dok fikir-fikir..baru teringat Allah! aku lupa nak bagi sijil & pewarna kek lapis kat diaorang..sesungguh diri ku semakin muda...huhu..kena buat arrangement untuk nak bagi warna-warna ni. huhuhu
Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri dalam workshop ini ya and of course ALL THE BEST!!!
|
|
|
Workshop Membuat Homemade Chocolate |
|
Tuesday, 27 April 2010 |
Shikin, dari Klang, peserta Membuat Homemade Chocolate pada 24hb April 2010. Lulusan Engineering, masih single but 'available'nya kena tanya tuan badannya sendiri ya
Jom kita tengok apa yang kami buat dalam workshop ini.
|
|
|
Monday, 26 April 2010 |
|
Salam semua..
Alhamdulillah, minggu lepas ada tempahan untuk keklapis bagi pertunangan dari Cik Huraizah dari Pejabat MARA untuk hadiah pertunangan sahabatnya Aliza. Kek Lapis ini mengandungi purebutter, cream cheese, chocolate chip dan diselangi coklat chips. Bagi hiasan pula, menggunakan coklat dan dibentuk menjadi bentuk hati serta ditulis menggunakan butter cream dan dihiaskan juga bunga ros berwarna purple. Warna purple mempunyai rasa blueberry manakala kuning pula mempunyai rasa orange sunkist.
Terima kasih ye Cik Huraizah.
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 31 - 45 of 159 |