JA slide show
 
 
 
 
Silibus & Jadual Workshop Roll Lapis Sarawak
Saturday, 06 February 2010
Tempat: Piqa Bakery, Klang
Yuran:  RM180.00 seorang/5 pax
Yuran perseorangan :  RM600.00/seorang **  Silibus berbeza
•    Makanan tengahari disediakan
•    Percuma Pengukur Kek Lapis 4 Saiz
•    Percuma Pisau Pemotong
•    Sijil Kehadiran dari Nomie's Cakes by Piqa Bakery
Peserta:  5 orang sahaja (Maksima)
Jam: 10:00 pagi - 5:00pm
 
Roll Lapis Yang akan dipelajari di dalam workshop Roll Lapis Sarawak:-)
1.  Roll Lapis Cinta Tiga Segi
2.  Roll Lapis Mozek
3.  Roll Lapis Kincir Angin
4.  Roll Lapis Pelangi Berlian

Demo Roll
1.  Roll Lapis Baju Songket
2.  Akan dimaklumkan dalam workshop
3.  Akan dimaklumkan dalam workshop

kinciranginresize.jpgroll_lapis_cinta_tiga_segi.jpg
rolllapisbajuraya2resize.jpgrolllapiskristalpelangiresize.jpg

JADUAL WORKSHOP ROLL LAPIS SARAWAK
10:00  am
Pengenalan Diri
 
10:10 am – 10:20 am
Mengenali & Memahami Resipi & Peralatan Membuat Roll Lapis
 
10:20 am – 11:30 am
Teori & Konsep Roll Lapis Sarawak
 
11:30 am – 12:00 pm
Cara Mengadun Inti Roll Laps
Cara Membahagikan Adunan
Cara Mewarna Adunan
Cara Membakar
 
12:00 pm – 1:00 pm
Cara Mengadun & Membuat Kulit Roll Lapis Sarawak
 
1:00 pm – 2 :00 pm
Rehat Solat & Makan Tengahari
 
2:00 pm – 4:00 pm
Hands on Membuat corak 4 saiz pengukur untuk Roll Lapis Sarawak
 
Roll Lapis cinta Tiga Segi
Roll Lapis Mozek
Roll Lapis Kincir Angin
Roll Lapis Kristal Pelangi

4 jenis Roll dibuat sendiri oleh peserta dan untuk dibawa balik.
4:00pm - 5:00pm - Roll Lapis Baju Songket & 2 Roll Lapis Corak Terbaru

 
Silibus & Jadual Workshop Kek Lapis For Beginner
Saturday, 06 February 2010
Workshop Kek Lapis for Beginner
(RM150.00/seorang/berkumpulan 4 orang)
(RM500 kelas persendirian)

  • Kek Lapis Oreo (Butter Cake Method)
  • Kek Lapis Evergreen (Sponge Cake Method)
  • Kek Lapis Coklat (Butter Cake Method)
  • Kek Lapis Asam Manis (Sponge Cake Method)
lapis_coklat.jpgklb11.jpg
evergreen.jpgkeklapis_asam_manis.jpg

JADUAL WORKSHOP KEK LAPIS FOR BEGINNER

10:00  am
Pengenalan Diri
 
10:10 am – 10:30 am
Mengenali & Memahami Resipi & Method Kek Lapis
 
10:30 am – 1:00 pm (Kek Lapis Oreo & Kek Lapis Asam Manis/Prune)

Cara Mengadun Adunan Kek Lapis
Cara Membahagikan Adunan
Cara Mewarna Adunan
Cara Membakar

1:00 pm – 2 :00 pm
Rehat Solat & Makan Tengahari
 
2:00 pm – sehingga selesai

Peserta akan membuat sendiri kek lapis dengan pengawasan tenaga pengajar.

1.  Kek Lapis Coklat
2.  Kek Lapis Evergreen



 
Kursus Frozen Food Anjuran MARA Klang
Thursday, 04 February 2010

Salam semua..

Rasanya minda ini masih letih kerana terkena food poisoning pada hari selasa hari itu.  Memang meletihkan dan menyiksakan sekali.  Sesekali terkena sakit seperti ini..memang terasa Nikmatnya SIHAT.  Alhamdulillah, diberikan kekuatan kembali oleh yang Esa untuk meneruskan kehidupan yang penuh suka duka ini.  Alhamdulillah, Alhamdulillah..syukur pada Allah.

Itulah, kita merencana, Allah yang menentukan.  Hari Isnin, hati ini rasa syok banget sebab akan attend course frozen food anjuran MARA Klang di Shah Alam.  Yuran sudah dibayar..yes..here I come!..tup2, hari Selasa tak sihat banget pulak..hati berbelah bahagi, nak pergi, tak pergi, nak pergi , tak pergi..Alhamdulillah hari Rabu semakin okay, kecuali adakalanya angin memulas itu datang menyerang.  Dengan izin Allah, dapat beli ubat pill herba cina yang terkenal itu..rasa sakit angin menyerang makin kurang..dan boleh lah saya meneruskan course ini dengan hati sedikit tenang.

Tenaga pengajar yang mengajar ialah En.  Mohd Isa bin Edrus dari E'Sir Enterprise.            

mara10.jpg

                  Beliau merupakan graduan dari universiti di timur tengah.  Sanggup berhenti kerja untuk meneruskan minat beliau ini dan dijadikan sebagai sumber pendapatan.  Siapa kata orang kita tidak bersungguh-sungguh kan?

 
mara08.jpg
Terdapat 3 peserta lelaki dalam kursus ini.  So, tidak ada yang mustahil kan?  Minat mengatasi segalanya.
 
mara01.jpg
Ok, ini sessi menguli roti canai & roti boom.
mara02.jpg
Ini pula karipap yang telah siap sedia untuk digoreng
mara04.jpg
ini karipap pusing yang telah digoreng dan ada yang karipap yang murah senyumannya Kiss
 
 
mara06.jpg
Ini sessi menebar roti canai..bersungguh betul abang ni kerjakan roti canai dia Cool
mara07.jpg
ni nak show off cket..roti canai pertamaku..Tongue out..kena gelak kuat dek kawan-kawan..hahaha..takper..need to practise more and more..anak-anak, siang malam, kita makan roti ranai cicah sardin ye ..hehehe
 
 
mara09.jpg
 Okay, itu aje kali ini..saper yang berminat nak join course MARA, boleh pergi ke Pejabat MARA Daerah yang berhampiran tempat anda.  Jumpa pegawai berkenaan untuk mendapatkan info ya.  Terima kasih pada Cik Huraizah Pegawai Mara Daerah Klang & Team beliau.  
 
Okay, jumpa lagi..insyaAllah..and cheers!
 
Workshop Kek Lapis For Beginner 31 Jan 2010
Sunday, 31 January 2010
 
participant.jpg
Salam semua, hari ini nak update workshop yang diadakan semalam Ahad 31 Jan 2010.  Kali ini 6 orang peserta telah berjaya menyiapkan 6 biji Kek Lapis. Dari sebelah kiri, Izan, Kak Niza, Kak Sharifah, Mayuza, Rifqah & Zafrena.
 
Pada sebelah pagi, saya menunjukkan cara-cara membuat kek lapis, Sebanyak 3 biji kek lapis yang berjaya disiapkan pada waktu pagi.  Sebelah petang, peserta di bahagikan kepada 3 kumpulan.  Setiap kumpulan menyiapkan sebiji kek lapis.  Kali ini saya tak sempat nak ambil gambar semasa proses mengadun di adakan.  Hanya gambar-gambar yang sempat saya simpankan dalam memori kamera saya:-)
 
kek_lapis_01.jpg
Kek Lapis Oreo, Kek Lapis Asam Manis & Kek Lapis Prune
kek_lapis04.jpg
Kek Lapis Coklat yang dibuat oleh Mayuza & Rifqah
kek_lapis_4.jpg
Kek Lapis Horlicks & Milo ini dibuat oleh Zafrena & Izan
 
Kek Lapis Evergreen - gambar saya tak sempat ambik.  Tapi kek yang terhasil cantik pada pandangan mata saya.  Para peserta yang ada gambar ini, tolong forwardkan pada saya ya.  Kek Lapis ini dibuat oleh Kak Niza & Kak Sharifah.
Keseluruhan saya lega bila workshop ini selesai..Tongue out.
 
Kepada para peserta, saya ucapkan selamat maju jaya dan halalkan yang terkurang dalam workshop ini ya.
Nota:  Saya ada membuat demo untuk French Macaron, tapi kali ini gambar tak sempat nak ambik dan kualiti macaron terhasil kurang memuaskan hati saya...akan saya teruskan siasatan CSI saya terhadap kuih kecik ini.
 Okay, jumpa lagi, take care & Cheers to everyone.
 
 
Kek Lapis For Beginner 24 Jan 2010
Monday, 25 January 2010
klb15.jpg
Salam semua!  Tak dapat nak tulis banyak-banyak kesihatan kurang memberansangkan.  
Hari Ahad 24 Jan 2010, 5 peserta telah berjaya menghabiskan masa mereka belajar membuat kek lapis for beginner.  Sebanyak 5 biji kek lapis yang terhasil, kerana terdapat 5 orang peserta yang hadir.
Dari kiri Kak Lia dari PD (tapi orang utara dia ni..), Kak Norlie dari Seremban (tauke biskut - sedap biskut dia ni, sebab pakai pure butter), Yatie dari Melaka tapi orang KL, Watie dari KL (adik ipar yatie) and anak buah Kak Lia - Shikin (Single & available not sure ;-)
 
klb05.jpg
 Ini gaya shikin melayangkan adunan kek lapis.
 
klb3.jpg
Kak Lia asyik mengatur asam manis
klb11.jpg
Ini kek yang terhasil - Kek Lapis Oreo
klb12.jpg
 Kek lapis Evergreen
 Nota: Gambar-gambar di atas adalah sumbangan Puan Yatie ye.  Terima kasih Yatie ;-)
klb13.jpg
Kek Lapis Coklat
klb08.jpg
dsc_0207.jpg
 
Kek Lapis Yang terhasil pada sessi pagi.
 
Harap para peserta dapat membuat kek lapis anda sendiri.  InsyaAllah, berkat usaha datang belajar, ada timbal balasnya dan sememangnya Usaha Itu Tangga Kejayaan.
 Itu sahaja ya..lenkali kita sambung ye.
 
Ups..lupa pulak..petang semalam diaorang dapat bawak balik Purple French Macaron ;-) Layan gambar ye.dsc_0201.jpg
 
 
 
 
Workshop Kek Lapis For Beginner
Monday, 18 January 2010

Alhamdulillah,

Kelmarin sudah dapat menyempurnakan workshop Kek Lapis for Beginner.  Hanya 3 orang yang berjaya menghadirkan diri (sorang lagi tak tau apa statusnyaUndecided).  

Disini nak ambik kesempatan untuk mengumumkan bahawa Workshop Kek Lapis Sarawak for Beginner mempunyai pertambahan kelas pada bulan Jan 2010 ini iaitu pada 31 Jan 2010 ini.  Masih terdapat 3 seat lagi yang available.  Berminat, sila email saya dan buat pembayaran pengesahan kehadiran sebanyak RM50.00.  Saya terpaksa memberi keutamaan kepada yang telah membuat pendaftaran terlebih dahulu.

Okay, kita layan gambar di dalam workshop ini ya.  Kepada para peserta, sila keep in touch dengan saya..jangan malu2 dengan saya, jika anda mempunyai masalah semasa membuat kek lapis ini.

 

dah_habis.jpg
 Norah, Eija & Atun.
 
handling.jpg
Eija menghandle loyang yang berisi kek lapis.bakar.jpg
Norah membakar kek lapis evergreen dari mula hingga selesai!
 persedian_melapis.jpg
Masing-masing sibuk dengan adunan keklapis masing-masing
 
Okay ini kek yang terhasil:)
lapis_coklat.jpg
Lapis Coklat
asam_manis.jpg
Lapis Asam Manis (ada cket masalah dengan kek lapis asam manis ni..tapi bila dah disejukkan, dah ok)
So, para peserta take note apa yang telah diperkatakan dalam workshop semalam ya.
 
evergreen.jpg
Lapis Evergreen
lapis_oreo.jpg
Lapis Oreo
macaron.jpg
Macaron?  - Dibuat di dalam workshop kelmarin, kerana terdapat bahan yang telah sedia ada di bengkel.
(Demo percuma untuk Kek Lapis for Beginner..dan dibawa balik..)
 
Okay, itu aje buat hari ini ya.  Salam and take care everyone!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Nomie's New Blog & Wedding Cakes
Saturday, 09 January 2010

Salam,

Just nak inform, saya baru berjaya membuat blog baru :- www.jomkitabuatsendiri.blogspot.com.  Untuk resipi yang pertama yang tunjukkan Langkah Demi Langkah - Kek Carrot Azizah Ariffin yang dipopularkan oleh Kak Anis Amir (Penang).

 

dsc_0662.jpg

Kek Carrot

Kat bawah adalah projek minggu ni..

 dsc_0751.jpg

Bahagian Bawah Kek - Kek Lapis Oreo

dsc_0753.jpg

Bahagian Atas - Kek Lapis Belgium Dark Chocolate

dsc_0761.jpg

Saat Yang Mendebarkan...pasang tiang kek guna gelas

dsc_0765.jpg

Selamat Pengantin Baru buat Fariz & Pasangannya..

dsc_0741.jpg

Ini Kek kawin untuk Yati - Anak Angkat Ibu Mertuaku.  Dalam Kek Buah

dsc_0740.jpg

Ini dari pandangan dari tepi - layanz..

 Saya gunakan fondant yang dibuat sendiri..lega betul bila dapatkan siapkannya!

 

 

 

 
Apakah Itu Lepa Susu
Thursday, 07 January 2010

Salam semua!

Hari ini saya akan berbicara mengenai Lepa Susu.  Dibawah adalah hasil dari vote bagi "Apakah itu Lepa Susu"

50.7% dari 67 pengundi menjawap sama seperti mentega

37.3% dari 67 pengundi menjawap gabungan Mentega & Marjerin

10.4% dari 67 pengundi menjawap sama macam marjerin

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai Lepa Susu?  Mungkin ada antara kita yang belum mengetahui apakah itu lepa susu.   Dari laman web www.keklapis.com hanya 37.3% menjawap dengan betul iaitu gabungan mentega & marjerin dan selalunya bila saya menerangkan apakah itu lepa susu di dalam workshop saya, hampir 70% tidak dapat menggambarkan apakah itu lepa susu.

Lepa susu merupakan campuran mentega & marjerin dan kemudian diperkayakan rasanya. 

Apakah itu Mentega? 

Mentega diperbuat dari Lemak Susu dari lembu, Air & Garam (ada juga yang tidak bergaram).  Masih kabur?  Okay sekadar menyebut beberapa jenama seprti Golden Churn, SCS, Fern dan sebagainya.  Ingat tak? Okay, Mentega juga dipanggil Pure Butter ataupun Pure Creamery Butter. Kita lihat kandungan Mentega dengan membuat rujukan kepada Anchor Pure New Zealand Butter mengandungi Cream, Water and Salt dan keseluruhannya tidak ada campuran minyak kelapa sawit didalamnya.  Harga pasaran bagi produk mentega ini berbagai dan bermula dari harga RM4.90 bagi satu ketul mentega yang mempunya berat 250gram dan boleh menjangkau RM11.00 bagi 200gram bagi satu-satu jenama seperti President dan sebagainya. 

purebutter.jpg

Apakah itu Marjerin? 

Marjerin diperbuat dari Minyak Kelapa Sawit dan kemudian diperkayakan dengan rasa mengikut jenama

yang berada di pasaran.  Antara jenama yang terkenal di Malaysia ialah Planta, Daisy dan banyak lagi.  Harganya bermula dari RM4.50 bagi 1kg sehinggalah RM8.00 bagi 1kg.
b100417.jpg

Apakah itu Lepa Susu?

Okay, melihat perbezaan harga yang ketara antara Mentega & Marjerin, maka untuk memberi pilihan kepada pengguna maka Lepa Susu dibuat.  Brand Lepa Susu yang berada di Malaysia ialah Buttercup, Buttermaid, Farmcows dan sebagainya.  Anda hanya perlu melihat kandungan dibelakang bungkusan lepa susu tersebut untuk mengesahkan ia adalah Lepa Susu.Okay, mari kita tengok apa yang tertulis pada belakang tin Lepa Susu jenama Buttercup - Minyak Kelapa Sawit, Minyak Isirong Kelapa Sawit, Garam, Lesitin Soya,Lemak Susu Tulen dll.  Harga lepa susu lebih murah dari mentega tetapi lebih mahal dari Marjerin. 

images.jpg

Bagi pengusaha bakeri, faktor penggunaan bahan ini merupakan kos yang paling tinggi sekali dalam pembuatan kek.  Justeru itu, tidak hairanlah jika terdapat pengusaha bakeri yang menukarkan bahan ini kepada bahan yang lebih murah untuk menjimatkan kos pembuatan dalam bakerinya.  Oleh itu, tidak hairan juga, tidak terdapat pengusaha yang tidak dapat mengurangkan harga hasil bakeri mereka kerana kos-kos pembuatan yang tinggi disebabkan kandungan bahan yang mahal ini.

Para peminat hasil bakeri semestinya mengetahui akan perbezaan rasa hasil bakeri yang menggunakan pure butter, lepa susu ataupun marjerin.  Selalunya hasil bakeri yang diperbuat dari marjerin atau lepa susu tidak mempunyai rasa yang begitu mendalam seperti mentega dan ia juga memberi struktur kek yang berlainan dari segi kelembapan dan kepadatan..  Bagaimanapun, ia terpulang kepada kegemaran individu itu sendiriCool

Okay, itu sahaja buat hari ini ya.  Sehingga ketemu lagi ya. 

 
Workshop Kek Lapis for Beginner (Baru!)
Wednesday, 30 December 2009

Salam semua,

Selamat Tahun Baru 2010!  Alhamdulillah dan InsyaAllah, Piqa Bakery akan mengadakan workshop secara berkumpulan (4 orang) bagi
Workshop Kek Lapis for Beginner (RM150.00/seorang)

Kek Lapis yang akan dibuat adalah seperti dibawah:-

Kek Lapis Oreo (Butter Cake Method)
Kek Lapis Evergreen (Sponge Cake Method)
Kek Lapis Coklat (Butter Cake Method)
Kek Lapis Asam Manis (Sponge Cake Method)

17hb & 24hb Januari 2010 (Ahad)
Jam :  10 pagi sampai habis
(Lunch disediakan)
Percuma:  Pewarna Kek Lapis (4 warna)

Sijil Kehadiran diberi kepada peserta yang hadir.

 

 

dsc_0237.jpg
 Kek Lapis Coklat
Coklat yang digunakan adalah Coklat Couverture @ Real Chocolate
kek_lapis_asam_manis.jpg
Kek Lapis Asam Manis 
Menggunakan Method Sponge Cake.  Cake yang terhasil lembut dan moist.
keklapisevergreen2-resize.jpg
Kek Lapis Evergreen.
 
Berminat?  SMS saya di 016-2951473 untuk pengesahan kehadiran ya.  Bayaran Deposit dikenakan sebanyak RM50.00 sebagai pengesahan kehadiran.
 
 
 



 

 
Tempat Kerja Baru Saya - Piqa Bakery
Sunday, 06 December 2009

Assalamualaikum,

Rajin pula saya hari ini nak menulis lagi..Cool..(jangan marah, saya sedang memuji diri sendiri ni...).  Hati dah tenang, minda dah berehat, jadi mood nak menulis ada aje..

Okay, sudah hampir 2 bulan saya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.  Ada masa saya begitu sibuk, ada masa saya begitu senggang. Aktiviti yang menyibukkan saya ialah aktiviti bakeri saya - Piqa Bakery.  Alhamdulillah, walaupun sudah tidak mempunyai gelaran pekerja, saya masih boleh bekerja di rumah.  Syukur saya kerana pengalaman tidak mempunyai pekerjaan selama 2 minggu, 7 tahun lalu mengajar saya tentang persediaan dan hala tuju.  Semoga Allah terus memberkati usaha saya ini.

Okay, marilah tengok tempat kerja saya yang baru tapi lama ini.  Piqa Bakery merupakan singkatan nama anak perempuan saya Nurul Afiqah.  Lokasinya di Klang, Selangor.  Berdekatan dengan Bandar Klang DiRaja (5km) dan tidak jauh dari Pelabuhan Klang Utara (15km).  Ia bukanlah bangunan persendirian tetapi hanya merupakan bangunan yang kami suami isteri bina dibelakang rumah.

dsc_0538.jpg

 Inilah pintu masuk ke Piqa Bakery

dsc_0536.jpg

dsc_0542.jpg

tempat kerja baru saya, minta maafla ya..berselerak..sebab belum mampu lagi nak menggaji orang..Undecided

Nak ambil kesempatan kat sini, nak cakap terima kasih kepada En. Suami - Mohd Anas bin Baharum yang banyak membantu tanpa gaji! (bila dah stabil, nomie bagi gaji ye bang Kiss..I luv u..hehehe)

Okay, enough for today.  Minggu ini boleh rehat minda, kena ambik mixerku yang masuk workshop kat Subang esok..mungkin nak buat coklat, nak buat kek carrot..nak buat apa lagi eh..haha(berangan tak abis2.)  Okay, bye2.

 

 

 

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Results 16 - 30 of 100

Galeri Kek

Decoration Cakes
Decoration Cakes
Description: All About Decoration Cakes
Chocolates
Chocolates
Cuppies
Cuppies
Cuppies
Cuppies
Roll Lapis
Roll Lapis
Description: All About Roll Lapis
Decoration Cakes
Decoration Cakes
Description: All About Decoration Cakes
Decoration Cakes
Decoration Cakes
Description: All about Decoration Cakes
Cuppies
Cuppies
Chocolates
Chocolates
Cuppies
Cuppies

Chocolates Talk

Nomie's Chocolates

Banner Choc

My Menu

Nak Cari Apa?

Events Calendar

M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Tinggal Pesanan Di sini


Login

Sila daftar PERCUMA!





Lost Password?
No account yet? Register

Who's Online

We have 21 guests online

Pelawat

Visitors: 340267

Affiliate

sample image

KekLapis.com merupakan pelanggan berdaftar MUS: :Internet Business Consultant. 

Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat MUS, sila lawat MUS Unlimited.com

Halal & Suci

halal_satisfaction.jpg

Partners

Left direction
Image
Sample image
Sample image
Right direction