JA slide show
 
 
 
 

Newsflash

Tempahan Kek Lapis Untuk Aidilfitri 2010 dibuka.

Sila dapatkan Borang Pesanan di sini.

Tarikh tutup tempahan:  7 Ramadhan 

Emailkan kembali pesanan anda ke : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it  

 

 

 

 

 

 
Workshop Roll Lapis Sarawak - Johor Bahru 22 Mac 2009 (Ahad) & 19 April 2009
Wednesday, 18 February 2009

Yuran Penyertaan:  RM200.00

Lokasi:  Taman Sri Tebrau, Johor Bahru, Johor

Tel:  Puan Rozi:  017-6868988

JADUAL WORKSHOP ROLL LAPIS SARAWAK

Jam Perkara yang akan di buat

9:00  am 
Pengenalan Diri

9:10 am – 9:20 am 
Mengenali & Memahami Resipi & Peralatan Membuat Roll Lapis

9:20 am – 9:30 am 
Teori & Konsep Roll Lapis Sarawak

9:30 am – 12:00 pm 
Cara Mengadun Inti Roll Laps
Cara Membahagikan Adunan
Cara Mewarna Adunan
Cara Membakar

12:00 pm – 1:00 pm 
Cara Mengadun Kulit Roll Lapis Sarawak

1:00 pm – 2 :00 pm 
Rehat Solat & Makan Tengahari
 

2:00 pm – 4:00 pm 
Hands on Membuat corak 4 saiz pengukur untuk Roll Lapis Sarawak

1. Roll Lapis cinta Tiga Segi rolllapiscintatigasegi2_resize.jpg

 

 

 

 

 

 

2. Roll Lapis Kincir Angin kinciranginresize.jpg

 

 

 

 

 

3. Roll Lapis Rubi Natashakeklapisrubinatasha.jpg

  

 

 

 

 

4. Roll Lapis Kristal Pelangi rolllapiskristalpelangiresize.jpg

4 jenis Roll dibuat sendiri oleh peserta dan untuk dibawa balik.

 

 
Kek Lapis Evergreen
Friday, 06 February 2009

keklapisevergreenresize.jpg 

 

Kek Lapis Evergreen ini juga telah pergi ke China bersama-sama adik sepupu saya Irwhan Rashid - single & available Embarassed.  Kek ini menggunakan telur sebanyak 24 biji dan menggunakan kaedah pembuatan kek sponge.  Resipi ini saya perolehi dari seorang kawan.  Keluarga beliau telah menetap di Kuching kerana mengikut bapanya bertugas sebagai askar di sanan.  Kertas resipinya bertypewritter lagi..lama sungguh umur kek lapis evergreen ini.

Resipinya:-

 

 
Kek Lapis Bunga Matahari
Thursday, 05 February 2009

keklapisbungamatahari2resize.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

keklapisbungamatahariresize.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kek ini dibuat semasa Chinese New Year tempoh hari.  Teringat cousin yang nak balik kerja ke China, saya pun ingat nak bawakan dia kek.  Bunga Matahari tu dah siap lama dari bulan November 2008, tapi disebabkan busy ngan workshop, busy melayan angin M, jadi barulah sekarang nak buat.  Ada dua resipi yang saya guna untuk kek lapis ini.  Saya menghabiskan kira-kira 50 biji telur dan lebih kurang 1kg butter untuk menghasilkan kek lapis ini..banyakkan..dan berat kek lebih dari 2.5kg. 

Resipi Untuk Inti (Bunga Matahari) - 2 adunan  - sila rujuk pada resipi Roll Lapis Baju Kurung Songket

Resipi Untuk Bahagian Atas & Bawah

Bahan A

13 kuning telur

5 biji putih telur

225 gram gula halus

200 gram tepung hong kong

1 sudu besar ovalet

1 sudu besar vanilla

 

 
Corak Zigzag pada Kek Lapis
Wednesday, 21 January 2009

Hari ini saya berkesempatan untuk menunjukkan cara memotong zigzag pada kek lapis.  Ini bertujuan untuk memperlihatkan kesenian kek lapis.  Potongan zigzag ini juga akan memberikan corak lain kepada kek lapis anda.  Saya menggunakan cutter dan kek lapis cheese coklat sebagai model kek lapisnya Kiss.  Saya sedang cuba untuk meng"upload"kan video didalam ruangan Galeri.  InsyaAllah bila dah berjaya dilakukan saya akan maklumkan nanti ya.

roundlayercheesecake1resize.jpgroundlayercheesecakeresize.jpg

 
Roll Lapis Kristal & Roll Lapis Baju Kurung Songket
Wednesday, 21 January 2009

 rolllapisbajuraya2resize.jpg

 rolllapisbajuraya_resize.jpg

Setelah selesai menyiapkan order kek lapis dan roll lapis dari kawan kita Sherina, saya tengok ada lebihan kek lapis lagi.  Sementelah angin RAJIN, saya pun membelek buku Puan Rabiah Amit untuk corak keklapis yang saiznya 1/2 inci.  Okay..saya dapat, maka inilah hasilnya Roll Lapis Baju Melayu Songket & Roll Lapis Kristal (berbentuk bulat)

rolllapiskristal2resize.jpg

Ini adalah resepi yang saya gunakan.  Saya menggunakan resipi dari kek lapis sarawak (lupa nama dia) dari buku Puan Rabiah Amit.  Resipi ini saya guna untuk di dalam kelas roll lapis sarawak.

(Untuk Inti)
Bahan A
20 kuning telur
10 putih telur
400 gram gula halus
250 tepung hongkong
50 tepung susu
1 sudu besar ovalet
 
Bahan B
450 gram butter
60 gram susu pekat manis
 
Cara Buat
Pukul Bahan A hingga kembang - putih dan dan kembang
 
Pukul Bahan B hingga putih dalam bekas berasingan.
 
Masuk Bahan B ke dalam Bahan A, Gaul sebati.
 
Kemudian warnakan dan bakar.
 
Kek ini agak lembut ya.  Nak tahu lebih lanjut lagi, luangkan masa anda untuk menghadiri kelas roll lapis ini dibulan Februari:)

 
Workshop Roll Lapis Sarawak Feb 2009 (Klang)
Saturday, 17 January 2009

Salam untuk semua,

Saya ingin memaklumkan bahawa workshop Roll Lapis Sarawak akan di adakan di Klang pada tarikh yang disebutkan dibawah.

1hb Feb 2009 - (3 kekosongan)

8hb Feb 2009 - (5 kekosongan)

15hb Feb 2009 (4 kekosongan)

22hb Feb 2009 (5 kekosongan)

Sila berhubung dengan saya melalui email This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau melalui handphone: 0162951473 untuk membuat pendaftaran.  Peserta dikehendaki membayar RM50.00 sebagai deposit bagi pengesahan kehadiran. 

Jom kita buat Roll Lapis Sarawak!

 

 

 
Resipi Kek Lapis Cheese Coklat
Wednesday, 07 January 2009

 kek_lapis_cheese_coklat_1.8kg.jpg

Kek Lapis Cheese Coklat

Bahan A

12 biji kuning telur
6 biji putih telur
360 gram gula halus
300 gram tepung Hong Kong
2 sudu makan ovalet

Bahan B

  Untuk Cheese

250 gram cheese
4 sudu makan susu pekat
1 sudu teh lemon paste

  Untuk Coklat.

250 gram butter
4 sudu makan susu pekat
150 gram cooking coklat - cairkan
1 sudu makan coklat paste.

Cara Buat

Pukul Bahan A sampai kembang. Bahagikan 2 bahagian dengan berat yang sama. Cheese dipukul sehingga berkrim, begitu juga dengan Adunan untuk Coklat -butter + susu pekat manis dipukul putih.  Masukkan kedalam adunan A yang dibahagi kepada dua tadi.  Coklat dicairkan dan dimasukkan ke dalam Adunan tadi dan masukkan paste coklat.

Sediakan loyang 9"x9"x3 "  Bakarkan adunan kek ini berlapis-lapis - coklat, cheese, coklat, cheese sampai habis..Dah siap. sejukkan masukkan dalam peti sejuk, biar semalaman. Then bolehla dipotong untuk ngap..he..heh..

Nota:  Saya pakai Mixer Industri - so, Bahan A boleh sekali pukul.  Mixer Tangan - saya tak advise untuk membuat sebab masa memukul Bahan A memang lama.  Kalau nak buat juga - pukul telur & ovalet & gula dulu sehingga kembang, then masukkan tepung.

 

 
Projek-Projek 2008
Tuesday, 06 January 2009

Kali ini kita alih topik cket ye.  Asyik cerita pasal kek lapis boring jugakkan.  Okay, kali ini nak cerita pasal dekorasi kek & cupcake.  Saya juga suka dengan keseniaan ini.  Untuk tahun 2008, ada juga kek and cupcake yang telah dibuat.  Tempahannya adalah dari kawan-kawan sepejabat, jiran-jiran & kenalan. 

Kita jamu mata ye... 

cupcake_nurin3.jpg
cupcakes_tunang_inda1.jpg
cupcakes_tunang_inda.jpg
biscotti_telur_putih.jpg

 
Cara Mendaftarkan Diri Untuk Workshop
Sunday, 04 January 2009

Salam,

Saya telah meletakkan cara mendaftarkan diri untuk workshop di ruang Soalan Lazim.   Bagaimanapun, untuk memudahkan kalian, saya letakkan ia di laman utama ini.  Di harap dapat membantu kalian.

 

1.    Setelah masukkan username dan passworkd, Sila ke "Order Kek Lapis"
2.    Klik pada "workshop kek lapis"
3.    Keluar Senarai Workshop Roll Lapis berserta tarikh
4.    Klik pada workshop yang diingini
5.    Klik pada "Add to Cart"
6.    Keluar kotak, klik pada "Cart"
7.    Klik pada Checkout
8.    Isikan maklumat yang diperlukan untuk "shipping address"
9.    Klik "Next"
10.  Anda berada di "Ship Methods"
11.  Klik "Next"
12.  Anda berada di "Payment Method"
13.  Klik pada cara anda membuat bayaran - Maybank2u, COD atau Kredit kad.
14.  Klik "Next"
15.  Anda berada di "Complete Order"
16.  Anda boleh meninggalkan pesanan anda kepada saya
17.  Klik pada "Confirm Order"
18.  Nomie's Cakes menerima Pesanan Anda
19.  Nomie's Cakes akan membuat pengesahan penyertaan anda setelah menerima deposit RM50.00
20. Setelah pengesahan, Nomie' Cakes akan mengirimkan Ebook Rahsia Roll Lapis Sarawak & peta lokasi Nomie's Cakes.

 

 
Corak-corak lain dari lebihan kek lapis dari workshop
Saturday, 03 January 2009

Salam,
 
Just nak share gambar-gambar Design Roll Lapis Sarawak yang saya buat dari lebihan kek lapis dari workshop roll lapis sarawak.  Sayang tengok lebihan kek tu, lalu saya merajinkan diri untuk membuat corak-corak lain dari kek lapis yang sama.  Roll ini bakal saya bedak-bedakkan pada jiran-jiran dan kawan-kawan di pejabat...
 
Layan gambar ini ye.
  

1inci7resize.jpg

1inciresize.jpg

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 136 - 150 of 159
 

Kos Penghantaran

Berat:  1kg pertama - RM8.50 (S. Malaysia shj)

Pertambahan 1kg berikutnya : RM2.50

Masa Penghantaran : 1 - 2 hari

Nationwide Express Courier Services Berhadnationwide.png

 

 

 

Tempahan Kek di Aidilfitri 2010

Kek Lapis Roll Lapis Menjadi Ejen Kek Nomie's Cakes Kek

List All Products


Advanced Search
Show Cart
Your Cart is currently empty.

Galeri Kek

Roll Lapis
Roll Lapis
Description: All About Roll Lapis
Chocolates
Chocolates
Cuppies
Cuppies
Decoration Cakes
Decoration Cakes
Description: All about decoration cakes!
Cuppies
Cuppies
Cuppies
Cuppies
Decoration Cakes
Decoration Cakes
Description: All About Decoration Cakes
Cuppies
Cuppies
Chocolates
Chocolates
Decoration Cakes
Decoration Cakes
Description: All About Decoration Cakes

Chocolates Talk

Nomie's Chocolates

Banner Choc

My Menu

Jom Beli Buku

Buku - Rahsia Membuat Kek Gulung Lapis Sarawak (Klik pada gambar buku)

cov1a.jpg

Penapis Air Keluaran Muslim

Nak Cari Apa?

Events Calendar

M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Tinggal Pesanan Di sini


Login

Sila daftar PERCUMA!





Lost Password?
No account yet? Register

Who's Online

We have 3 guests online

Pelawat

Visitors: 556376

Affiliate

sample image

KekLapis.com merupakan pelanggan berdaftar MUS: :Internet Business Consultant. 

Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat MUS, sila lawat MUS Unlimited.com

Halal & Suci

halal_satisfaction.jpg

Partners

Left direction
Image
Sample image
Sample image
Right direction