|
Friday, 30 July 2010 |
|
Salam,
Bulan Julai ini memang bulan yang istimewa sebab usia saya ditambah menjadi setahun lagi. Berapa umur? hehe..37 tahun tapi sila baca 23 tahun ye..hehe..(idea adik saya Nonie, mengusik)..Hmm..dah tua dah..hubby berkata-kata...tak tau berapa lama lagi kat atas dunia ni..sebak pulak hati bila encik suami berkata-kata sedemikian. Ok, ok, cukup-cukup. Bukanlah itu yang menjadi topik kita hari ini. Sempena Menyambut Pertambahan Umur saya , saya ingin menceritakan makanan yang saya buat sempena hari lahir tersebut. Spaghetti Rebung Madu. Pernah tengok rebung madu? okay, jom kita tengok pokok dia dulu ya.   Ini pokok rebung madu yang terdapat di kebun abah saya di Kuala Nerang Kedah.. (tapi kebun ni abah dah jual..sebab abah tak larat nak layan dia dah )
|
|
Kek Lapis Dark Chocolate Gianduja |
|
Monday, 26 July 2010 |
|
9inci x 9nci 2.2kg(-+) RM90.00 Nationwide Courier : RM11.00 Total: RM100.00 |
|
Kek Lapis Watermelon Cheese |
|
Monday, 26 July 2010 |
|
New Kek Lapis Water Melon Cheese 9inci x 9nci 2.2kg(-+) RM90.00 Nationwide Courier : RM11.00 Total: RM100.00 |
|
Kek Lapis Cheese Chocolate |
|
Monday, 26 July 2010 |
|
Hot Selling - Aidlifitri 2009 9inci x 9nci 1.8kg(-+) RM80.00 Nationwide Courier : RM11.00 Total: RM90.00
|
|
Perubahan Harga (Baca betul2 ;-D) |
|
Monday, 26 July 2010 |
|
Salam semua, Ada yang bertanyakan pada saya, ada tak perubahan harga pada kek lapis dari Nomie's Cakes. Setelah dibincang, dikaji selidik, TIADA perubahan harga bagi kek lapis di Nomie's Cakes ya. Ada juga yang bertanya kenapa Nomie's Cakes tidak menggunakan Mixed Butter dalam kek lapis yang dikeluarkan. Saya percaya setiap orang yang membeli mahukan kepuasan semasa menikmati produk yang dibeli. Bagi saya bahan yang terbaik didalam pembuatan kek lapis ialah Pure Butter. Perubahan pada bahan ini akan menyebabkan semua menjadi 'kurang'. Bagaimanapun, di masa akan datang, InsyaAllah saya akan menimbangkan untuk mengunakan Lepa Susu bagi sesiapa yang mahu mengurangkan kos. InsyaAllah! Okay, nanti dah clear sikit sawan malas mengupdate web ni..saya akan mengemas kini aktiviti lain yang saya telah jalankan untuk bulan Julai 2010 ya. InsyaAllah ada artikel step by step nanti..Tunggu ya! . |
|
|
Kursus Dana IKS Oleh Kerajaan Negeri Selangor |
|
Sunday, 18 July 2010 |
|
Selamat Berbahagia kepada semua. Walaupun dikejutkan dengan penyelarasan harga gula, gas, petrol secara tiba-tiba, hati ini harus berbahagia. Jika tidak, semangat akan lemah dan terus tak buat kerja. Takper, sampai masanya kita buatla keputusan kan . Okay, malas nak lebih-lebih pasal cerita penyelarasan harga barang2 ini, saya nak cerita cket aktiviti yang saya buat minggu lepas. Bermula pada 11hb Julai 2010 hingga 14hb Julai 2010, saya telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi usahawan-usahawan baru yang berjaya mendapatkan Dana bagi mempunyai mesin-mesin yang diperlukan dalam industri yang diceburi. Alhamdulillah setelah hampir 7 bulan menunggu, rezekinya datang juga. Alhamdulillah. Kursus ini lebih kepada memotivasikan usahawan-usahawan supaya apa yang mereka usahakan itu tidak menjadi separuh jalan. Hmm..okay, jom kita layan gambar ya. 
Beg pergi kursus
|
|
|
Projek Hantaran Pertunangan Bersama Kak Ainee |
|
Wednesday, 07 July 2010 |
|
Hmm..saya sebenarnya dilanda cerita Korea buat sementara waktu ini. Disebabkan itu, lambat sikit nak update blog saya ni . Minggu lepas, saya agak sibuk menyiapkan sampel-sampel kek lapis yang telah ditempah oleh ejen. Alhamdulillah, semua in order tetapi dihujung2 itu agak terkucil sedikit sebab saya agak "mengelamun" dah terlupa bahawa saya perlu menyiapkan kek lapis sarawak 2 biji tetapi hanya menyiapkan 1 biji. Senggal betul saya ni..berangan lagi. Tapi, bagusnya saya dapat mencipta rekod baru dengan menyiapkan kek lapis sarawak Mohabaten dalam 1 hari..Wow!..memang pecah rekod saya. Okay, kali ini saya diberi peluang oleh Kak Ainee di http://www.weddingcakeboutique.blogspot.com/ untuk menyiapkan kek lapis sarawak bagi pertunangan dan juga untuk roll lapis sarawak. Saya terlupa bahawa saya kena menyiapkan kek lapis sarawak 2 unit..hanya menyiapkan 1 unit kek dan 16 unit kek gulung. Hari Khamis petang dapat tahu kena buat satu kek lagi...dan saya hanya ada masa 24 jam nak menyiapkannya. Mak!!!!!!! tulah...berangan lagi Apa pun inilah yang dipanggil proses-proses kematangan seorang yang mahu digelar Usahawan..chewah! Okay, Jom kita layan gambar ye. 
Kek Lapis Pua Kumbu
|
|
|
Tuesday, 29 June 2010 |
|
Kek Lapis Terbaru menggantikan Kek Lapis Coklat Cadbury - Kek Lapis Milk Chocolate Gianduja (Hazelnut paste) Harga: 9X9 - RM90.00 (Berat : 2kg) 4x9 - RM50.00 (Berat: 1kg) 2x9 - RM30.00 (Berat: 500g) Menggunakan Pure Butter Anchor sepenuhnya.
Kek Lapis Terbaru menggantikan Kek Lapis Coklat Cadbury - Kek Lapis Dark Chocolate Gianduja Harga: 9X9 - RM90.00 (Berat : 2kg) 4x9 - RM50.00 (Berat: 1kg) 2x9 - RM30.00 (Berat: 500g) Menggunakan Pure Butter Anchor sepenuhnya. |
|
|
Friday, 25 June 2010 |
|
dia, tapi penulis yang baik hati ini memberikan namanya watydee123. Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi resipi.
|
|
|
Karnival Hari Keluarga Kampung Batu 3, Jalan Kapar, Klang |
|
Thursday, 24 June 2010 |
|
Salam semua, Jom kita bermasyarakat pulak ye kali ini. Sebenarnya 2 minggu lepas saya agak sibuk dengan Karnival Hari Keluarga Kampung Batu 3, Jalan Kapar, Klang. Setiap Ketua Kampung di Negeri Selangor diberikan peruntukan bagi tujuan di atas. Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan Ahli JKK Kampung Batu 3 berusaha merealisasikan Karnival ini, akhirnya pada 12hb Jun & 13hb Jun 2010 Karnival telah berjaya dilangsungkan. Antara aktivit-aktiviti yang berlangsung ialah Ceramah berkenaan pengendalian Jenazah Orang Islam di Masjid Batu 3, Klang, Ceramah Keluarga Bahagia, Forum Perdana di Surau Haji Ma'som, Jalan Bakti, Jalan Kapar dan Solat Tahajud yang diadakan pada 19hb Jun 2010. Bagi aktiviti riang ria pula - sukaneka untuk ibu dan anak2, bermain batu seremban, persembahan busana Muslimah bagi kanak-kanak perempuan yang berumur bawah 12 tahun. Pertanding Anika Rendang, Anika Kerabu dan Anika Kuih Kukus juga diadakan. Pertandingan Futsal juga diadakan pada hari Sabtu manakala Pencarian Harta Karun pula berlansung pada pagi Ahad, serentak pertandingan memancing ikan dan berbasikal lambat. Hmm..banyak dah saya menulis ni..mari kita melayan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa Karnival tersebut. Mulakan dengan Perasmian Penutup pada hari Ahad 13 Jun 2010 oleh Menteri Besar Selangor YB. Tan Sri Khalid.
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 1 - 15 of 156 |