Lihatlah dunia!! Puding Karamelku dah jadi :P
Salam bahagia untuk kalian. Moga permulaan hari berkerja bagi minggu ini menggembirakan hati supaya lebih produktif kan (tambahan lagi..minggu depan nak cuti panjangkan:D).
Okay, kali ini kita bercerita berkenaan dengan puding karamel. Sebenarnya saya dah belajar membut puding karamel ini dari Chef Anuar di Port Dickson anjuran MECD. Tapi disebabkan kerisauan untuk membuat gula hangus tu agak tebal, jadinya saya hanya mampu tenung sedalam-dalamnya gambar puding karamel
. Tapi apa syeikh yang datang melanda bila melihat puding karamel yang dibuat oleh Lynn Sham di resipidotnet yahoogroup, tiba-tiba naik semangat la pulak. Alah, setakat air gula perang nak takutkan i..hehehe..(ayat penerang hati tu sebenarnya
). Saya pun membuatnya, kali pertama buat caramel, okay..berjaya!! bancuh puding pulak, okay.berjaya!!!..tiba kat bakar..pergi guna loyang gerigi2..dah masak puding tu..puding wa malu nak keluar...terpaksala cungkil dari acuan..


Okay, hari yang sama juga..buat lagi sekali pakai acuan locong yang tak ada gerigi..sebab saya ni ikut protokol dalam resipi, masak 20 minit..
, puding tak masaklah pulak....uwaaaaaaaaaaaaaah!!!!

Bertenang, bertenang..malam tu bagi encik suami rasa..eh..sedap juga ni nomie..ala bang, tak masak la..sedaplah katanya sambil makan puding karamel yang tak berapa nak masak..hmm..kena buat lagi ni...en. suami kalau dia kata sedap..maksudnya kena buat la lagi
. Okay..keesokkannya melalui email perbincangan di yahoogroup maka solutionnya ialah masak lebih masa dan dibagi tips bahawa kalau puding tu tak gerak2..masaklah tu..orait..saya pun cuba lagi..dan inilah hasilnya:D


Tapi, ada biji2 kecil yang dikatakan sebab telur dipukul kuat sangat..
..tapi tak apa, nanti buat lagi, kita pukul pelan2 ya 
Okay, Ini cara buatnya ye:D
Resipi ada kat sini http://www.keklapis.com/01/resepi.html
Workshop Roll Lapis Sarawak For Beginner 30 Oktober 2010 (Tunda pada 6 Nov 2010)
- Tempat: Piqa Bakery, Klang
- Yuran: RM120 seorang
- Makanan tengahari disediakan
- Jam: 10:00 pagi - 5:00pm
- Corak yang akan dipelajari adalah dari pengukur yang berukuran 3/4 inci.

- 3 jenis Roll dibuat sendiri oleh peserta dan untuk dibawa balik.













