Error
  • JFTP::login: Unable to login
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::mkdir: Bad response
  • JFTP::chmod: Bad response
  • JFTP::mkdir: Bad response
  • JFTP::chmod: Bad response
  • JFTP::mkdir: Bad response
  • JFTP::chmod: Bad response

Resipi Kek Lapis

E-mail Print PDF
Ada yang bertanya kepada saya adakah saya mempunyai resipi kek lapis saya sendiri.  Terus terang saya menyatakan bahawa saya tidak mempunyai resipi kek lapis sendiri.  Tapi saya punya banyak resipi kek lapis sama ada dari buku yang dibeli, dari internet, dari ibu kepada kawan saya yang pernah tinggal di Kuching Sarawak pada akhir 60an - 70an kerana mengikut suaminya bertugas. 
 
Walaupun punya banyak resipi kek lapis tetapi hanya sedikit yang dapat saya buat CSI.  Terus terang lagi sekali memang adakalanya percubaan pertama terus menjadi dan ada juga sudah hampir 5 kali membuatnya, masih tak puas hati.  Tapi saya enjoy kerana bila saya membuat kesilapan saya akan mencatit dan berfikir kenapa, bagaimana & apa sehingga saya dapat penyelesaian dan jika tidak saya akan KIV sehingga hati saya terbuka kembali untuk mencuba resipi tersebut.
 
 majalahdejamoss.jpg
 
Antara buku kegemaran saya ialah dari Puan Deja Moss kerana terdapat langkah demi langkah membuat kek lapis, walaupun tidak begitu detail, tetapi bagi yang pernah membuat kek lapis,insyaAllah boleh mencuba. Terdapat juga persamaan resipi beliau dengan resipi yang terdapat dalam buku Puan Rabiat Amit, tetapi membuahkan kek lapis yang berlainan warna dan corak.
 
 majalahrabiatamit.jpg
 
 
Untuk menghayati corak pula saya suka buku Puan Rabiah Amit.  Bagi saya beliau merupakan "genius" dalam pembuatan kek lapis ini.  Corak-corak kek lapis yang beliau hasilkan amat mencabar minda untuk saya berfikir bagaimana membuatnya dan buku-buku beliau memang "lunyai" dibuat sayaLaughing kerana sebelum tidur saya akan membelek kek-kek lapis dalam buku beliau disamping di bawa ke dapur sebagai bahan rujukan.(Biasalah, kadang2 tepung tertumpah, kadang2 butter tertumpah..hihihi..puas hati guna buku niMoney mouth)
 
majalahnoraini.jpg

Selain itu untuk dapatkan resipi yang lebih banyak lagi, anda boleh dapatkan buku Puan Noraini. Buku beliau juga terdapat banyak resipi kek lapis dan juga cara-cara membuatnya. Saya belum berkesempatan membuat resipi beliau, tapi insyaAllah akan saya cuba juga.
 
 
majalahvickie.jpg{mospagebreak}

 

Saya juga membeli buku resipi dari penulis bukan melayu iaitu buku yang ditulis oleh Mis Vickie Chieng.  Resipi beliau banyak menggunakan "Cream Cheese" dan sudah tentu kosnya agak tinggi.  Saya hanya sempat mencuba resipi Kek Lapis Sisik Ikan.  Di dalam buku ini juga terdapat gambar-gambar yang menunjukkan cara-cara membuat kek lapis sisik ikan.  Kek tersebut adalah untuk Bonda saya dan beliau memberi komen bahawa kek ini SEDAP!
 
Tiga tahun lepas, semasa saya hanya tahu membuat kek lapis biasa-biasa, saya sudah wujudkan laman web ini.  Ada pengunjung yang datang, memberi komen "Kalau setakat kek lapis biasa ramai yang boleh buat, kenapa tak buat tentang Kek Lapis Sarawak"..Wah!  cabaran ini..Alhamdulillah, dimudahkan Allah..insyaAllah saya boleh terangkan apa, mengapa dan bagaimana membuat kek lapis sarawak.  InsyaAllah di masa akan datang ya..
  

 

 

 

 

Last Updated on Sunday, 16 November 2008 03:56

Affiliate

affiliate
KekLapis.com merupakan pelanggan berdaftar MUS: :Internet Business Consultant.

Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat MUS, sila lawat MUS Unlimited.com

Halal & Suci

halal_satisfaction

Hubungi Kami

Nomie Aziz
Piqa Bakery.
Lot 5217, Batu 3,
Jalan Shapadu, Off Jalan Kapar,
41400 Kelang
Selangor
Tel : (+6) 016 295 1473
Email : sales@keklapis.com

Lokasi Piqa Bakery
You are here: Home