Error
  • JFTP::login: Unable to login
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::mkdir: Bad response
  • JFTP::chmod: Bad response
  • JFTP::mkdir: Bad response
  • JFTP::chmod: Bad response
  • JFTP::mkdir: Bad response
  • JFTP::chmod: Bad response
Kek Lapis
Kek Lapis

Kek Lapis (102)

Salam semua..bulan ni ada buat deal dengan www.madnessdeal.com untuk kek lapis dibawah.  Jom beli:D

http://www.madnessdeal.com/deal/previewdeal.aspx?ID=1045

DSC_9109-1 

rolllapislegitprune

rolllapismozek

Thanks for your support!

Salam semua.  1hb Jun hari tu saya menerima kunjungan dari daru jururawat dari Hospital Kuala Lumpur.  Bukan untuk tujuan pemeriksaan tapi untuk belajar membuat kek lapis.  Sue, Elly and Kavitha..3 stooges from HKL.  Sememang mereka masih baru membuat kek lapis tetapi mereka sudah mempunyai sedikit sebanyak asas membuat kek.  Alhamdulillah, mereka berjaya menamatkan workshop ini dengan baik sekali.  Akhirnya dapatlah mereka menjawap persoalan bagaimana untuk membuat kek lapis yang mempunya lapis.  Bukan letak jem ye.Laughing

Jom kita layan gambar ye.

 DSC_0205

DSC_9793

Asalnya kelas ini dijadualkan lebih awal, tetapi terpaksa ditunda di saat akhir.  Belajar apa pun sebenarnya adalah rezeki kan, rezeki ilmu.  Alhamdulillah, rezeki kami berdua berpanjangan sehingga semalam 10 May 2011 untuk membuat roll lapis sarawak.  Lynn telah berjaya membuat pelbagai jenis corak - dari yang mudah hinggalah agak kurang mudah seperti membuat Roll Lapis Pua Kumbu di atas.  Sebenarnya membuat Roll Lapis Sarawak tidaklah susah cuma pemahaman tentang konsep matematik geomatri tu agak memainkan peranan dalam pembuatannya (ini cara saya ya.)  Ok, Blog Lyn adalah di http://lynlyn75.blogspot.com. Selamat Maju Jaya dan semoga rezeki bertambah ya Lynn.

Thursday, 24 March 2011 21:58

Kek Gulung Lapis

Written by Nomie Aziz

Salam semua,

Kalau dulu saya terlebih putih...sekarang terlebih kuning telur pulak...rasanya lebih baik lebih putih telur sebab putih telur boleh frozen..kuning telur tak boleh..jadi kena rajin buat kek lapis..kek lapis ini menggunakan hanya kuning telur, dan pure butter. Jadi, bila nak makan kena la beringat ya..takleh banyak2..sepotong dua je Tongue out

Okay, kita layan gambar Kek Gulung Lapis ye.

DSC_9102-1

DSC_9104-1

DSC_9109-1

Monday, 07 March 2011 07:50

Membuat Lapis Legit Gulung Prune

Written by Nomie Aziz

 

Salam semua!

Agak lama juga tak bercerita pasal kek lapis kan.  Minggu lepas dalam kesibukan bermacaron, saya telah membuat kek lapis sarawak yang bercorak sebanyak 2 buku. Suka sangat bila dapat buat kek lapis bercorak ini,untuk buat penambahbaikan semasa membuat membuatnya.  layan gambar dulu ye..

klbercorak1

klbercorak2

 

Sebenarnya membuat kek lapis memerlukan kesabaran dan ketenangan masa membuatnya:D  Pemahaman tentang konsep membuatnya juga penting bagi membolehkan kita membuat kerja dengan lebih tenang.

Okay, dah layan gambar kek lapis bercorak, kita tengok pulak cara nak buat Lapis Legit Prune.  Membuat Kek ini memang mencabar kerana resipinya tidak ada bahan-bahan yang membantu kek mengembang dengan baik.  Ia bergantung kepada kekuatan memukul pada telurnya.  Hmm..lebih kurang 11 biji kuning telur:D

 

kg16

 

Salam untuk semua. Semoga pagi Isnin yang cerah ini, mencerahkan hati kita untuk terus berusaha dalam kehidupan dunia dan akhirat ya.

Sebenarnya ingin memaklumkan Piqa Bakery akan mengadakan workshop kek lapis beginner pada 18hb Disember 2010 (Sabtu). Keterangan workshop seperti dibawah dan sekiranya berminat sila sms saya di nombor 016-2951473 dan bagi pembayaran sebanyak RM50.00 diperlukan bagi pengesahan kehadiran ya.  Anda boleh membuat pembayaran ke nombor akaun ini
Malayan Banking Berhad
Juraiza bt Abdul Aziz
512213050616 

Workshop Membuat Kek Lapis For Beginner

(RM150.00/seorang)
keklapis_asam_manis lapis_oreo
keklapis_dark_gianduja keklapisindocafepandan

Kek Lapis Oreo (Butter Cake Method)
Kek Lapis Indocafe Klasik (Sponge Cake Method)
Kek Lapis Coklat Gianduja (Butter Cake Method)
Kek Lapis Asam Manis (Sponge Cake Method)

 

JADUAL WORKSHOP KEK LAPIS FOR BEGINNER

10:00 am
Pengenalan Diri

10:10 am – 10:30 am
Mengenali & Memahami Resipi & Method Kek Lapis

10:30 am – 1:00 pm (Kek Lapis Oreo & Kek Lapis Asam Manis/Prune)

Cara Mengadun Adunan Kek Lapis
Cara Membahagikan Adunan
Cara Mewarna Adunan
Cara Membakar

1:00 pm – 2 :00 pm
Rehat Solat & Makan Tengahari

2:00 pm – sehingga selesai

Peserta akan membuat sendiri kek lapis dengan pengawasan tenaga pengajar.

1. Kek Lapis Coklat Gianduja
2. Kek Lapis Indocafe Pandan Klasik

Friday, 10 December 2010 18:20

Personal Class Roll Lapis Sarawak 03 Disember 2010

Written by Nomie Aziz

Salam semua..nak update pasal workshop roll lapis sarawak ini dari hari rabu lepas..tapi tiba-tiba vitamin M datang melanda..tiba-tiba juga melayan Cerita Korea On Line..haha..bila mood tak ada memang la macam tu.  Ini tengah menaikkan mood "R" pulak..hmm..jangan malas nomie, malas nanti miss soruu...Money mouthTongue out

Okay, kali ini nak bercerita pasal personal baking class bagi kelas roll lapis Sarawak dengan Puan Sharifah Norashikin kita dari Port Klang, Selangor.  Beliau gigih sekali mendalami ilmu pembuatan kek lapis ini.  Alhamdulillah, setelah menghadiri kelas membuat kek lapis sarawak untuk beginner sebelum Aidilfitri dahulu, beliau telah berjaya membuat kek lapis dan menjualnya dikalangan sahabat & saudara maranya.  Teruskan usaha & istiqamah ye ikin:D.  I wish you all the best ya.  

Beliau mempunyai blog iaitu: http://creamysugarlovers.blogspot.com and no. handphone beliau ialah 016-6602562.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kek lapis dari beliau bolehlah menhubunginya ya.

Kita layan gambar ya:D

roll_lapis_sarawak_ikin

Ini adalah roll lapis sarawak yang dipelajari oleh ikin secara hands on dan demo.  Sebanyak 8 corak dibuat sendiri oleh ikin.  Anda berminat?  Yuran secara personal ialah RM350.00 (One to One basis).  Untuk lebih memahami pembuatan roll lapis sarawak ini, sebolehnya anda diperlukan menghadiri terlebih dahulu workshop membuat kek lapis sarawak for beginner.  InsyaAllah, anda akan lebih mudah faham bila membuat kek roll lapis sarawak ini.

Monday, 08 November 2010 08:38

Workshop Roll Lapis Sarawak For Beginner 7 Nov 2010

Written by Nomie Aziz

7_Nov_2010

Salam semua.  Harap semua sihat walafiat ye. Alhamdulillah, hari Ahad 7 November 2010 saya telah berkesempatan mengadakan workshop kek gulung lapis sarawak yang dihadiri oleh 8 peserta.  Peserta yang yang jauh sekali ialah Puan Azizah yang datangnya dari Sg. Siput Perak.  Yang lain-lain datang dari daerah klang dan sekitar. Alhamdulillah.  

Workshop ini memberi penumpuan kepada pembuatan roll lapis sarawak yang menggunakan pengukur 3/4 inci sahaja.  Sebanyak 3 roll lapis sarawak telah berjaya disiapkan peserta.  Saya juga sempat memberi demo cara membuat roll lapis sarawak pua kumbu, roll lapis ketupat dan roll lapis 3 segi pua kumbu.  Peserta juga ditunjukkan bagaimana untuk tidak membazirkan adunan kek lapis yang dibuat.  Harap semua dapat manfaat dari workshop ini ya.  Sila beri saya feedback sekiranya terdapat apa2 masalah semasa membuatnya.

Untuk sesiapa yang ingin menghadiri workshop Kek gulung Lapis Sarawak ini secara persendirian (1 to 1 basis) pada hari biasa dengan yuran pengenalan sebanyak rm350.00 sahaja sila hubungi saya ya di talian 0162951473.  Untuk workshop di hari minggu  (sabtu atau  ahad)  ia lebih merupakan kelas berkumpulan ya.

  • Tempat: Piqa Bakery, Klang
  • Yuran:  RM120 seorang
  • Makanan tengahari disediakan
  • Jam: 10:00 pagi - 5:00pm
  • Corak yang akan dipelajari adalah dari pengukur yang berukuran 3/4 inci.

roll_lapis_dua  roll_lapis_satu roll_lapis_tiga

 

JADUAL WORKSHOP ROLL LAPIS SARAWAK
10:00  am - Pengenalan Diri
10:10 am – 10:20 am
Mengenali & Memahami Resipi & Peralatan Membuat Roll Lapis
10:20 am – 11:30 am
Teori & Konsep Roll Lapis Sarawak
11:30 am – 12:00 pm
Cara Mengadun Inti Roll Laps
Cara Membahagikan Adunan
Cara Mewarna Adunan
Cara Membakar
12:00 pm – 1:00 pm
Cara Mengadun & Membuat Kulit Roll Lapis Sarawak
1:00 pm – 2 :00 pm
Rehat Solat & Makan Tengahari
2:00 pm – 5:00 pm
Hands on Membuat corak saiz pengukur 3/4 inci.
  • 3  jenis Roll dibuat sendiri oleh peserta dan untuk dibawa balik.
Cara2 untuk mengesahkan tempat bagi workshop ini ialah seperti berikut:-
1.  Membuat pembayaran deposit sebanyak RM50.00 ke akaun:-
Maybank Berhad, Juraiza bt Abdul Aziz, No. Akaun :  512213050616
2.  Sila emailkan keterangan pembayaran kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it @ SMS details ke nombor 0162951473
3.  Saya akan memberi maklum balas melalui Email kembali.
Nota Peringatan:  Deposit RM50.00 tidak akan dikembalikan sekiranya anda tidak memaklumkan ketidakhadiran anda 3 (tiga) hari sebelum tarikh workshop.
Monday, 25 October 2010 07:49

Workshop Kek Lapis for Beginner 23 Oktober 2010

Written by Nomie Aziz

Salam semua,

Alhamdulillah, 

Pada hari Sabtu 23 Oktober 2010, seramai 9 peserta telah sampai ke Piqa Bakery untuk mengeksplor cara pembuatan kek lapis.  Workshop ini amat sesuai kepada sesiapa yang baru mendalami pembuatan kek yang penuh berseni ini.  Workshop bermula lewat lebih kurang 1/2 jam dan berakhir lebih kurang pukul 7petang.  Sebanyak 6 kek lapis telah dibuat, iaitu kek lapis asam manis, kek lapis Indocafe klasik, kek lapis oreo, kek lapis cheese tembikai, kek lapis dark choc gianduja dan kek lapis Cheese Gianduja.  Gambar kek saya tak sempat nak ambik kerana sibuk memotong kek untuk diagih-agihkan kepada para peserta.  Hanya gambar ini yang sempat saya ambik buat kenangan.

sessi_bergambarsessi_buat_sendiri

Sessi bergambar & Sessi Buat Sendiri Secara berkumpulan.

 

Diharap peserta dapat membuat kek lapis mereka nanti.  Segala pertanyaan dan feedback, sila email atau kita fesbuk2 ya.  sms pun boleh, tapi agak lambat sedikit ya..(belum dapat beli blackberry lagiTongue out)

Page 4 of 8

Affiliate

affiliate
KekLapis.com merupakan pelanggan berdaftar MUS: :Internet Business Consultant.

Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat MUS, sila lawat MUS Unlimited.com

Halal & Suci

halal_satisfaction

Hubungi Kami

Nomie Aziz
Piqa Bakery.
Lot 5217, Batu 3,
Jalan Shapadu, Off Jalan Kapar,
41400 Kelang
Selangor
Tel : (+6) 016 295 1473
Email : sales@keklapis.com

Lokasi Piqa Bakery
You are here: Blogs Blog Kek Lapis Kek Lapis