Error
  • JFTP::login: Unable to login
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::mkdir: Bad response
  • JFTP::chmod: Bad response
  • JFTP::mkdir: Bad response
  • JFTP::chmod: Bad response
  • JFTP::mkdir: Bad response
  • JFTP::chmod: Bad response
Wednesday, 12 May 2010 02:46

Jom Buat Kek Lapis Bercorak

Written by  Nomie Aziz
Rate this item
(0 votes)

Salam semua!

Hari ini nak bercerita tentang pembuatan kek lapis bercorak.  Pembuatan keklapis ini sememangnya rumit TETAPI sekiranya anda ada sedikit KESABARAN, sedikit KETEKUNAN sedikit KEKRETIFAN insyaAllah anda akan berjaya membuatnya.  Apapun yang penting sekali dalam apa juga bidang pun ialah LATIHAN atau EXERCISE. Bagi membolehkan kita membuat kek lapis bercorak ini, kira haruslah mempunyai pengetahuan bagaimana membuat coraknya dan kefahaman tentang konsep membuat corak kek lapis ini haruslah sentiasa di dalam ingatan kita supaya memudahkan kita membuat kek lapis bercorak ini.  Saya selalu menggalakkan peserta kek lapis menyertai workshop roll lapis sarawak terlebih dahulu bagi mempertajamkan lagi kefahaman konsep kek lapis sarawak bercorak dan insyaAllah sekiranya konsep ini difahami dengan baik, anda tidak akan ada masalah untuk membuat kek lapis bercorak ini.  Okay, mari kita mulakan ye kawan-kawan.Laughing

 

 

week2may3.jpg

 

susun_1.jpg
 
Inti kek lapis yang telah dicorakkan "kincir angin" di atur supaya "flow" bagi corak nampak seiringsusun_2.jpg
Bakar kek untuk bahagian bawah kek lapis.  Selalunya saya akan buat 4 lapis bagi bahagian bawah
susun_3.jpg
Kek Lapis yang telah disusun, dipotong lebihanya mengikut saiz loyang yang digunakan.
susun_4.jpg
Setelah dibakar lapisan keempat, bahagian atas kek disapu dengan campuran jem & susu pekat manis
susun_6.jpg
Masukkan inti kek yang kita siapkan susunan tadi ke dalam loyang dan sapukan campuran jem & susu pekat manis di tepi kek supaya kek melekat dengan baik.
susun_7.jpg
Setelah selelsai menyusun, tekankan kek dengan penekan kek lapis bagi tujuan memadatkan inti-inti kek lapis tadi.
 
susun_8.jpg
Masukkan adunan kek lapis di bahagian atas pulak, dan lapiskan hingga habis adunan yang ada.susun_10.jpg
Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
 
Harap Membantu ya..dan selamat melapis.
 
 
 
Last modified on Wednesday, 12 May 2010 03:56

Affiliate

affiliate
KekLapis.com merupakan pelanggan berdaftar MUS: :Internet Business Consultant.

Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat MUS, sila lawat MUS Unlimited.com

Halal & Suci

halal_satisfaction

Hubungi Kami

Nomie Aziz
Piqa Bakery.
Lot 5217, Batu 3,
Jalan Shapadu, Off Jalan Kapar,
41400 Kelang
Selangor
Tel : (+6) 016 295 1473
Email : sales@keklapis.com

Lokasi Piqa Bakery
You are here: Blogs Blog Kek Lapis Kek Lapis Jom Buat Kek Lapis Bercorak