Kek Lapis

Kek unik yang berasal dari Sarawak dibuat dari banyak lapisan. Walaupun ia agak rumit untuk dibuat, ia mempunyai pelbagai rasa, beraneka corak dan warna.  Read more...

Cup Cakes

Kek-kek kecil yang dibuat dalam bekas kecil mempunyai pelbagai perhiasan unik berwarna warni sesuai dengan majlis tertentu. Read more...

Chocolate

Belajar cara menggunakan chocolate dengan pelbagai cara bersesuaian dengan kek samada untuk majlis rasmi semestinya memenuhi minat anda. Read more...
Kek Lapis.com

Salam semua. Minta maaf lama saya tak update..agak sibuk sedikit dengan urusan keluarga dan tempahan. AlhamdulillahSmile, Harap semua sihat yeKiss.  Saya nak update aktiviti kelas baking yang akan saya buat pada bulan May ini.  

Pada 13 Mei 2012, saya akan menjemput Puan Noorlie dari Noorlie Cookies Seremban, Negeri Sembilan untuk mengadakan kelas di PIqa Bakery. Beliau akan mengajar Pelbagai Kek Marble.  Apa yang pasti, dengan ilmu yang diperolehi dari kelas ini, anda mampu membuat kek marble anda sendiri yang cantik. Kalau rajin, boleh ambil tempahan untuk raya.  Modal bagi investment ilmu ini ialah RM150.00 sahaja!.  InsyaAllah, modal ni akan balik modal dalam masa yang terdekat sekiranya anda menggunakannya untuk berniaga.

Slide1

Pada 20hb Mei 2012 pulak, saya akan mengadakan kelas Semi Hands On bagi Kelas Kek Lapis For Beginners.  Modal bagi pelaburan ilmu ini ialah RM250.00 seorang.  Bagaimanapun sekiranya anda ingin mendapatkan special diskaun sebanyak RM30.00 anda boleh lah membuat pendaftaran awal sebelum 14hb Mei 2012 iaitu RM220.00 shaha. Kelas ini amat sesuai kepada sesiapa yang baru menceburkan diri dalam bidang kek lapis dan juga kepada sesiapa yang ini mendalami bidang ini lagi bagi tujuan jualan.

Pertengahan bulan 4 yang lalu 18-20 April 2012, saya telah menerima kunjungan Vie, ibu muda yang bersemangat waja untuk mempelajari cara-cara membuat kek.  Beliau yang merupakan Beautician telah berubah arah, kerana minat yang timbul tiba-tiba.  Diharapkan Vie dapat manfaat dari kelas baking ini dan teruskan usaha untuk membuat kek yang sedap dan laris dijual ya:)

vie20

Antara Kek & Pastry yang telah beliau belajar sepanjang tempoh tersebut. (Gambar di ambil dari FB Vie)..saya kepenatan, tak dapat ambil gambar dengan baik tempoh hari)

pavlova_by_vie Vie1

14April 2012, saya berkesempatan mengadakan kelas Buttercream & Royal Icing For Beginner.  Ini adalah batch pertama saya untuk kelas tersebut.  Terima kasih pada Yati, Azimah, Kak Sue dan juga Karla yang sudi menghadirkan diri untuk kelas ini.  Semoga ilmu yang didapati ini akan memberi kebaikan di dunia dan juga di akhirat ya:)

students

Layan gambar lagi ya..                                                                                                                                 klik kat sini

Salam semua,

Lama betul saya tak update web..agak sibuk kebelakangan dengan berbagai aktiviti.  Alhamdulillah, kesihatan semakin baik, walaupun adakala terasa lenguh2..tapi insyaAllah, apa pun semua dengan izin Allah kanSmile.

Kelaskek lapis gulung secara personal ini kalau tak silap berlangsung dalam bulan Mac 2012 bersama Liza dari 

http://kekdihatiku.blogspot.com

Semoga Liza dapat manfaat dari kelas personal Kek Lapis Gulung ini ya! All the best!

DSC_4325  DSC_4328

Salam semuaSmile.  Saya nak update aktiviit kelas baking ye.

Yang berminat, jangan segan-segan menghubungi saya Kak Nomie - 016-2951473 ya:)

7hb April 2012 - Kelas Asas Membuat Cake (Piqa Bakery, Klang)

8hb April 2012 - Kelas Membuat Cheesecake 3 Teknik (Piqa Bakery, Klang)

14hb April 2012 - Kelas Royal Icing For Beginner (Piqa Bakery, Klang)

21hb April 2012 - Jom Buat Kek Lapis di Penang 

30hb April 2012 - Jom Meroti Bersama Mamazieza

Brochure, Klik di "Read More" ya.

Page 1 of 13

Affiliate

affiliate
KekLapis.com merupakan pelanggan berdaftar MUS: :Internet Business Consultant.

Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat MUS, sila lawat MUS Unlimited.com

Halal & Suci

halal_satisfaction

Hubungi Kami

Nomie Aziz
Piqa Bakery.
Lot 5217, Batu 3,
Jalan Shapadu, Off Jalan Kapar,
41400 Kelang
Selangor
Tel : (+6) 016 295 1473
Email : sales@keklapis.com

Lokasi Piqa Bakery
You are here: Home